Research

HIMPUNAN ABSTRAK KAJIAN

2012-01-26 13:59

Dalam ruang ini saya persembahkan abstrak kajian-kajian yang telah saya jalankan untuk kegunaan para pelanggan maya sebagai sumber rujukan. Memandangkan ruang maya ini yang terhad, maka teks penuh tidak dapat dimuatnaik untuk rujukan lanjutan. Namun begitu para pelanggan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan teks penuh tersebut melalui emel saya. Semoga perkongsian ini akan meningkatkan profesionalisme kita.

Untuk mendapatkan teks penuh kajian, sila hubungi saya melalui emel: ustadki@gmail.com

 

 

Research

Kajian prestasi calon Pendidikan Islam PMR

19/07/2012 15:55

KAJIAN KES PRESTASI CALON MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PMR

Oleh,
Ustaz Md Zuki Bin Hashim,
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

Abstrak

Kajian kes ini dijalankan ke atas 78 orang pelajar tingkatan tiga yang bakal menduduki peperiksaan PMR. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah masalah yang sering dihadapi oleh calon Kertas 45 PMR juga dihadapi oleh calon dari sekolah ini seperti 1) kemampuan untuk memahami maksud perkataan Arab 2) kemampuan membaca jawi 3) kemampuan menulis jawi 4) penguasaan sukatan pelajaran lepas 5) hafazan ayat-ayat terpilih 6) meramal jawapan berasaskan pengalaman 7) minat terhadap elemen sejarah, mengemukakan bilangan isi yang sedikit dan 9) kelemahan aspek teknik menjawab yang berkesan. Kajian ini mendapati bahawa calon-calon memperolehi skor cemerlang bagi aspek hafazan ayat terpilih dan memeuaskan bagi aspek membaca jawi dan memahami maksudnya. Calon-calon hanya memperolehi skor kurang memuaskan bagi aspek keupayaan memahami istilah dalam Bahasa Arab, keupayaan menulis jawi, penguasaan sukatan pelajaran lepas, keupayaan meramal jawapan pelajaran yang belum diajar dan penguasaan sukatan pelajaran sejarah. Kajian ini juga mendapati bahawa prestasi pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki. Kajian ini juga mendapati bahawa prestasi pelajar di kelas hadapan dalam pengaliran lebih baik daripada pelajar kemudian. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa pelajar yang mengemukakan isi yang lebih bagi soalan KBKK telah memperolehi skor yang lebih tinggi.

 

Abstrak kajian pengurusan institusi pengajian pondok di daerah Baling

17/07/2012 10:23

Abstrak

Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau sejauhmanakah tahap pelaksanaan amalan-amalan pengurusan di lnstitusi Pengajian Pondok ( I PP ) dari segi pengurusan kurikulum, kokurikulum. kewangan dan sumber manusia. Bagi memperolehi maklumat berkaitan dengan kajian, satu set soal selidik telah digunakan. Responden kajian adalah seramal62 orang guru dan pentadbir yang sedang berkhidmat di IPP di daerah Baling. Data yang diperolehi diproses menggunakan kaedah statistik deskriptif dengan perisian SPSS for Windows 7.5. Dapaian kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan amalan pengurusan bagi kategori pengurusan kurikulum, kokurikulum, kewangan dan sumber manusia berada puda tahap sederhana. Berdasarkan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan pihak pengurusan IPP dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dengan menghadiri kursus-kursus pengurusan. Jabatan Agama Islam ( JAIK ) perlulah memainkan peranan utama dengan menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi dan pakej kursus pengurusan kepada semua pentadbir IPP.

Klik Abstrak untuk dapat teks penuh daripada UUM



 

 

Abstrak kajian ponteng sekolah

17/07/2012 10:21

Kajian Kes Gejala Ponteng Sekolah
Oleh,
MD ZUKI BIN HASHIM
Jabatan Pendidikan Islam & Moral,
Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Abstrak

Ponteng sekolah ialah fenomenon fitrah dalam dunia persekolahan para pelajar. Ia sentiasa menduduki tempat teratas dalam senarai salah laku pelajar di seluruh Malaysia. Ia juga seringkali mendahului kes-kes ponteng jenis lain. Masalah ponteng sekolah ini juga merupakan antara kes salah laku utama di sekolah yang terdiri daripada 1263 orang pelajar. Sekolah ini ialah sekolah harian dua sesi. 96.9% pelajarnya berbangsa Melayu. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar. Pengangkutan utama pelajar ke sekolah iaitu menaiki bas dan menunggang motosikal. Kedapatan juga pelajar yang datang dihantar oleh waris, menaiki basikal dan berjalan kaki. Data ponteng sekolah mudah diperoleh daripada Buku Rekod Kedatangan Pelajar. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kutipan data berasaskan kehadiran pelajar bagi bulan Januari hingga April. Kajian dibuat untuk menyiasat tentang kedapatan hari pilihan para pelajar untuk melakukan salah laku ini. Persoalan kedua kajian ini ialah trend ponteng di sekolah ini setelah empat bulan persekolahan dijalankan. Persoalan kajian juga ditumpukan kepada wujudnya perbezaan purata ponteng setiap hari mengikut peristiwa. Persoalan kajian ini seterusnya tentang wujudnya perbezaan purata ponteng mengikut kumpulan jantina, tingkatan dan kelas. Dapatan kajian telah menzahirkan bahawa tidak kedapatan hari yang menjadi pilihan pelajar untuk ponteng sekolah. Kajian ini juga menzahirkan bahawa trend ponteng bagi empat bulan pertama menunjukkan peningkatan secara konsisten. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa wujud fenomenon ponteng ciptaan pihak sekolah iaitu apabila pihak sekolah mengelola sesuatu acara yang melibatkan bilangan pelajar yang ramai atau semuanya. Kajian ini juga turut menzahirkan bahawa kehadiran pelajar pada hari ujian amat tinggi. Kajian ini juga mendapati bahawa wujud perbezaan yang signifikan purata ponteng antara kumpulan jantina, tingkatan dan kelas. Justeru penyelidik mencadangkan agar purata ponteng harian yang konsisten perlu diminimumkan seberapa yang dapat dengan mengambil tindakan melalui prosedur sedia ada, mempamerkan senarai pelajar ponteng mengikut jumlah tertinggi sebagai amaran awal serta menyaring dan menyingkir pelajar ponteng. Pihak sekolah juga perlu bertindak segera untuk mengekang aliran ponteng yang semakin mengalami peningkatan melalui program kawalan "pesalah buang daerah" dan program perjumpaan waris pelajar ponteng. Pihak sekolah juga perlu mengaplikasi konsep kumpulan sasaran berfokus apabila mengelola sebarang acara. Pihak sekolah juga perlu menggiatkan peranan kaunselor pelajar agar memberikan tumpuan kepada kumpulan sasaran ini. Pihak sekolah mungkin boleh menggunakan kekuatan kesedaran positif para pelajaar terhadap kepentingan ujian untuk membuat dasar pemilihan hari ujian.



Read more: https://mdzuki.webnode.com/research/

 

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>