Kajian prestasi calon Pendidikan Islam PMR

19/07/2012 15:55

KAJIAN KES PRESTASI CALON MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PMR

Oleh,
Ustaz Md Zuki Bin Hashim,
Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

Abstrak

Kajian kes ini dijalankan ke atas 78 orang pelajar tingkatan tiga yang bakal menduduki peperiksaan PMR. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah masalah yang sering dihadapi oleh calon Kertas 45 PMR juga dihadapi oleh calon dari sekolah ini seperti 1) kemampuan untuk memahami maksud perkataan Arab 2) kemampuan membaca jawi 3) kemampuan menulis jawi 4) penguasaan sukatan pelajaran lepas 5) hafazan ayat-ayat terpilih 6) meramal jawapan berasaskan pengalaman 7) minat terhadap elemen sejarah, mengemukakan bilangan isi yang sedikit dan 9) kelemahan aspek teknik menjawab yang berkesan. Kajian ini mendapati bahawa calon-calon memperolehi skor cemerlang bagi aspek hafazan ayat terpilih dan memeuaskan bagi aspek membaca jawi dan memahami maksudnya. Calon-calon hanya memperolehi skor kurang memuaskan bagi aspek keupayaan memahami istilah dalam Bahasa Arab, keupayaan menulis jawi, penguasaan sukatan pelajaran lepas, keupayaan meramal jawapan pelajaran yang belum diajar dan penguasaan sukatan pelajaran sejarah. Kajian ini juga mendapati bahawa prestasi pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki. Kajian ini juga mendapati bahawa prestasi pelajar di kelas hadapan dalam pengaliran lebih baik daripada pelajar kemudian. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa pelajar yang mengemukakan isi yang lebih bagi soalan KBKK telah memperolehi skor yang lebih tinggi.