Research

HIMPUNAN ABSTRAK KAJIAN

2012-01-26 13:59

Dalam ruang ini saya persembahkan abstrak kajian-kajian yang telah saya jalankan untuk kegunaan para pelanggan maya sebagai sumber rujukan. Memandangkan ruang maya ini yang terhad, maka teks penuh tidak dapat dimuatnaik untuk rujukan lanjutan. Namun begitu para pelanggan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan teks penuh tersebut melalui emel saya. Semoga perkongsian ini akan meningkatkan profesionalisme kita.

Untuk mendapatkan teks penuh kajian, sila hubungi saya melalui emel: ustadki@gmail.com

Research

Kajian permaslahan praktikum dalam kalangan Guru Pelatih j-QAF

19/07/2012 16:00

Permasalahan Praktikum Dalam Kalangan Guru Pelatih KPLI LPBS j-QAF

Ustaz Md Zuki Bin Hashim
Jabatan Pendidikan Islam & Moral
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani

Abstrak

Kajian ini ialah kajian kes ke atas sembilan orang guru pelatih program KPLI LPBS j-QAF yang sedang menjalani latihan praktikum bagi mengenal pasti permasalahan yang sering dihadapi dan puncanya. Kajian ini diharapkan dapat membantu bagi meningkatkan keberkesanan latihan praktikum melalui penyeliaan berfokus. Data kajian diperoleh daripada analisis ke atas dokumen yang terdiri daripada Buku Rancangan Pengajaran Harian dan portfolio yang disediakan oleh guru pelatih. Dokumen sokongan lain yang dianalisis ialah Struktur Program LPBS, Modul Interaksi j-QAF dan Huraian Sukatan Pelajaran. Data juga diperoleh daripada temu bual dengan guru pelatih untuk mengenal pasti punca setiap masalah praktikum. Dapatan kajian ini mendapati enam permasalahan yang sering dihadapi oleh para guru pelatih iaitu kecelaruan dalam penetapan aras bagi hasil pembelajaran, kurang berjaya merancang kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran, kurang penerapan kemahiran berfikir, kurang menguasai penulisan refleksi yang bermakna, tiada analisis bermakna setiap ujian yang dijalankan dan kurang mahir dalam penulisan jurnal mingguan yang bermakna. Kajian ini juga mendapati antara punca permasalahan praktikum ialah bimbingan semasa interaksi bersemuka yang kurang berkesan, latihan praktikum dijalankan sebelum sukatan pelajaran kursus perguruan disempurnakan ketika interaksi bersemuka, tiada pendedahan kemahiran belajar dalam struktur kursus, tiada keselarasan format penulisan refleksi pengajaran dan tiada pendekatan yang jelas tentang kaedah penulisan jurnal. Semoga hasil kajian ini dapat membantu guru pelatih untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran keguruan yang diperlukan oleh sistem pendidikan arus perdana di Malaysia. Penyelidik mencadangkan penyelidikan lanjutan berasaskan setiap permasalahan yang telah dizahirkan dalam kajian ini.

Kajian ini telah dihantar untuk penerbitan dalam Jurnal Penyelidikan IPG KSAH bagi tahun 2010. Jurnal ini belum diterbitkan lagi sehingga kini.

Untuk mendapatkan teks penuh kajian ini, sila hubungi saya melalui emel: ustadki@gmail.com

Kajian tinjauan amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah orang asli di daerah Grik

19/07/2012 15:59

AMALAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH ORANG ASLI; SATU TINJAUAN AWAL

Dr. RIDZUAN BIN AHMAD
USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM

Abstrak

Tanggungjawab pendidikan haruslah mencakupi segenap kaum dan etnik yang berada di Malaysia termasuk masyarakat Orang Asli. Malahan pihak Kementerian Pelajaran melalui teras keempat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidkan 2006-2010 menggariskan usaha bagi merapatkan jurang luar bandar dan bandar. IPGM Kampus Sultan Abdul Halim melalui projek Jaringan Utara, telah merangka Blue Print 5 tahun (2006-2010) ke arah pengembelingan tenaga bagi meningkat mutu pencapaian pendidikan di sekolah-sekolah orang asli. Empat buah sekolah di pendalaman Gerik telah dijadikan sebagai sekolah angakat iaitu Sek.Keb RPS Banun, Sek.Keb RPS Pos Kemar, Sek. Keb RPS Sungai Tiang dan Sek. Keb. RPS Dala. Pada hemat pengkaji, aspek nilai dilihat sebagai salah satu aspek yang penting dan mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tahap pencapaian murid orang asli. Lagipun, penerapan nilai merupakan sebahagian agenda pendidikan yang perlu diljayakan oleh semua warga pendidik. Oleh itu dapatan kajian, akan dapat memaklumkan kedudukan dan tahap pengamalan nilai di kalangan murid orang asli. Pengkaji hanya memilih lima aspek nilai utama sahaja iaitu kebersihan, kerajinan, kesyukuran, kepatuhan dan hormat menghormati. Nilai kebersihan merangkumi kebersihan pakaian, imej diri dan kekemasan. manakala nilai kerajinan mencakupi 75% hadir ke sekolah, 75 % menyelesaikan kerja sekolah dan mengisi masa lapang. Nilai kesyukuran pula dilihat dari sudut suka berterima kasih, kekemasan buku teks dan meja kerusi. Nilai kepatuhan pula dirujuk kepada kepatauhan kepada peraturan sekolah, melaksanakn tugasan mengikut jadual dan mematuhi arahan guru, manakala nilai hormat menghormati pula dirujuk kepada cara menghormati tetamu, perhatian yang diberikan ketika berada di dalam kelas dan menuruti arahan yang diberikan oleh ketua kelas. Seramai 90 orang responden (62 %) daripada populasi responden (145 orang) telah terlibat di dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada dua suku kaum utama orang asli di daerah Gerik iaitu Temia dan Jahai. Dua kaedah pengumpulan data digunakan iaitu melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Dengan menggunakan min peratus bagi setiap kekerapan aspek yang dikaji, pengkaji telah mengkategorikan kepada empat skala mudah iaitu purata 75-100% (Amat Memuaskan), 50-74 % (Memuaskan), 25 -49 % (Kurang Memuaskan ) dan 0-24 % (Tidak Memuaskan). Dapatan kajian menunjukkan empat nilai yang dikaji memperolehi min peratus amat memuaskan iaitu kebersihan (83%), kesyukuran (96%), kepatuhan (88%) dan hormat menghormati (99%), manakala nilai kerajinan hanya memperolehi purata 70%. Dapatan kajian juga turut mengesani tiga aspek yang dicapai kurang memuaskan iaitu aspek kehadiran ke sekolah (43 %), mengisi masa lapang (47%), menyelesaikan kerja rumah 32 % dan aspek mematuhi peraturan sekolah hanya di tahap memuaskan dengan purata 64 %. Menurut hemat pengkaji, setelah lima tahun berada di alam persekolahan sepatutnya kesemua nilai-nilai yang dikaji hendaklah dicapai pada tahap amat memuaskan. Pengkaji membuat rumusan sekalipun nilai-nilai utama yang dikaji memperolehi purata yang agak tinggi namun purata nilai yang secara langsung berkaitan dengan pretasi akademik hanya di tahap kurang memuaskan. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang ketara antara kaum Temai dan Jahai dalam konteks penghayatan terhadapan nilai yang dikaji.

Kajian tinjauan amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah orang asli di daerah Grik

19/07/2012 15:57

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>