Blog

Semakan kurikulum Pendidikan Islam

18/02/2012 22:09

Masyarakat muslim kelihatan hidup dalam suasana yang sangat harmoni. Hubungan kemasyarakatan dalam keadaan aman. Hubungan kekeluargaan kelihatan murni dan tenang. Namun begitu di sebalik ketenangan itu sebenarnya masing-masing menyimpan seribu duka yang terpahat menjadi bara dalam sekam disebabkan perselisihan yang kelihatannya seperti kecil, tetapi sangat menyayah hati. Isunya ialah kaedah agihan pesaka yang tidak diaplikasi secara telus dan adil. Sememangnya masyarakat tidak menyedari hal ini kerana ia tidak dizahirkan demi menjaga nama baik keluarga, tetapi dalam diam ia telah menggugat hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga.

Sudah tiba masanya pihak Kementerian Pelajaran perlu menyemak semula sukatan pelajaran sekolah sama ada peringkat rendah atau menengah mana yang dikira lebih sesuai. Dalam semakan ini, maka aspek perbincangan tentang agihan pesaka menurut Islam mesti dimasukan dalam kurikulum Pendidikan Islam. Sememangnya topik agihan pesaka ini dipelajari dalam kalangan pelajar sekolah aliran agama terutama peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia, namun kumpulan sasaran agak terhad.  Justeru pihak Kementerian Pelajaran mesti memperluaskan jaringan segmentasi kumpulan sasaran agar lebih meluas lagi iaitu melibatkan seluruh pelajar sekolah di Malaysia tidak kira aliran agama atau kebangsaan.  Perluasan segmentasi ini akan memberikan peluang pemahaman kaedah agiha pesaki mengikut Islam dihayati oleh keseluruhan masyarakat Malaysia sama ada golongan khawas ataupun awam. 

Items: 27 - 27 of 28
<< 24 | 25 | 26 | 27 | 28 >>