Blog

Dinamika Pendidikan Islam

18/02/2012 22:11

Pendidikan Islam seringkali dianggap sebagai mata pelajaran yang mudah untuk lulus dalam peperiksaan. Sememangnya kita digalakan supaya sentiasa mempermudahkan segala urusan. Namun begitu dalam bab pendidikan, para pendidik Pendidikan Islam mesti memperlihatkan bahawa Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang menarik dan merentasi pelbagai kurikulum. 

Sebagai contoh, elemen matematik yang sangat mencabar dalam kalangan pelajar, tetapi mereka tetap menyukainya. Sewajarnya elemen matematik ini diketengahkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam agar ia lebih bersifat dinamik dan menyeronokkan.  Sepatutnya soalan-soalan berunsurkan matematik diberi peratusan yang lebih besar dalam soalan Pendidikan Islam.  Dalam bab pengiraan zakat, sewajarnya pelajar tidak didera minda mereka untuk menghafal jenis lembu atau kambing yang perlu dizakatkan. Sebaliknya formula ini terus diberikan kepada pelajar bagi menjawab soalan penyelesaian masalah berkaitan matematik.

Items: 26 - 26 of 28
<< 24 | 25 | 26 | 27 | 28 >>