Coaching

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu.
 
Ruangan ini merakamkan aktiviti latihan yang saya kongsikan bersama warga pendidik dan pihak-pihak yang berminat. Bagi yang berminat untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, boleh menghubungi saya melalui ketua jabatan saya di alamat:
 
Pengarah,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
 
Saya tidak menetapkan apa-apa bayaran untuk slot konsultasi, memadailah bayaran untuk minyak kenderaan saya pergi dan balik. Namun saya lazimnya membuat permintaan khas agar pihak penganjur dapat menyediakan Sijil Penghargaan untuk saya jadikan bahan bukti demi masa depan kerjaya saya.
 
Semoga bermanfaat untuk masyarakat.
 

Coaching

Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran SABK Negeri Perlis

07/11/2016 15:38

Kursus ini telah diadakan pada 3-5 November 2016 bertempat di Pusat Latihan Sukan Air, Teluk Kumbar, Pualau Pinang. Peserta seramai 27 orang terdiri daripada guru-guru Kurikulum Bersepadu Diniy SABK Negeri Perlis. 

Fasilitator kursus ini terdiri daripada Ustaz Mohd Sukri Bin Ahmad, Ustaz Md Zuki Bin Hashim dan En Sukiman Bin Haron.

Fokus kursus ialah:

  1. Psikologi dan pedagogi (En. Sukiman)
  2. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (Ustaz Md Zuki)
  3. Pengajaran Mikro (Ustaz Mohd Sukri)

1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>