MEMBINA JATIDIRI

Rancangan masa depan kerjaya

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya semua pekerjaan bermula dengan niat. Niat merupakan visi dalam kehidupan harian kita. Niat adalah misi yang menjadi tekanan positif dalam usaha memburu kejayaan. Niat adalah matlamat. Niat adalah cita-cita. Niat adalah objektif yang kita sendiri bentuk atau gubal untuk direalisasikan demi kehidupan yang lebih baik. Tiada orang yang merancang untuk memusnahkan kehidupannya dalam keadaan rasional dan waras. Begitulah dalam kerjaya, kita mesti sematkan sesuatu niat untuk masa depan kerjaya yang lebih baik.

Kata pujangga: kejayaan tidak berlaku dengan sendiri, ia perlu dicipta. Dalam profesion keguruan terdapat beberapa laluan kerjaya:

  1. Laluan berasaskan masa (time based) yang telah dipermudahkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan awam dengan beberapa angka mudah iaitu 8863. Inilah laluan kebanyakan orang biasa.
  2. Laluan berasaskan kekananan secara hakiki. Inilah laluan yang menjadi rebutan, tetapi ia sangat bergantung hasil usaha dan kemahuan pihak atasan dalam organisasi untuk menganugerahkan peluang ini kepada sesiapa yang bernasib baik kerana ruangnya terhad atau berdasarkan kouta. Laluan ini menuntut persaingan dengan rakan-rakan dalam organisasi.
  3. Laluan berasaskan kecemerlangan. Laluan menuntut kita untuk bersaing dengan diri sendiri untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Laluan ini merupakan laluan pintas (fast track) yang sangat menarik dari segi ganjarannya, tetapi tersangat perit dari segi kelayakannya. Sememangnya tiada jalan mudah untuk ke puncak dalam hidup ini.

Saya memilih untuk berada dalam landasan laluan berasaskan kecemerlangan. Saya bersedia menyahut apa sahaja cabaran dalam laluan ini.

Cemerlang dengan idea

Manusia ini telah diciptakan cukup istimewa dari apa segipun. Manusia dikurniakan akal bagi membezakan tahap pemikiran berbanding dengan makhluk lain.  Dari segi pemikiran, ada tokoh yang menklasifikasikan manusia kepada tiga kategori iaitu:

1. Manusia yang berotak kecil dan berhati besar

2. Manusia yang berotak sederhana dan berhati sederhana

3. Manusia yang berotak besar dan berhati kecil

    Manusia dalam kategori pertama akan memikirkan tentang orang lain dan berbangga dengan diri sendiri. Memperkecilkan kebolehan orang lain dan mengagungkan diri sendiri. Dalam istilah yang lebih mudah, boleh dijelaskan bahawa katogeri pertama ingin suka mengumpat tentang orang lain atau sangat berminat menjagatepi kain orang lain di samping riak dengan keupayaan diri sendiri. Manusia kategori ini tidak layak dilantik sebagai ketua kerana ia akan mendedahkan keaiban subordinat yang didampaikan kepadanya atas dasar kedudukannya sebagai ketua.  Dia kurang sedar bahawa laporan keaiban itu disampaikan kerana kedudukannya dan bukan kerana ketinggian pekertinya.

    Manusia dalam kategori kedua akan memperkatakan tentang peristiwa di samping seikit kesedaran tentang kelemahan diri sendiri.

    Manakala manusia kategori ketiga pula akan memperkatakan tentang idea dan sentiasa merendah diri.  Manusia kategori ini akan menjana idea-idea baru apabila berhadapan dengan seseorang atau sesuatu situasi di samping menghormati pandangan orang lain dan bersifat tawadhuk dengan keupayaan diri sendiri. Manusia kategori ini tidak berminat dengan keaiban orang lain dan akan menyimpannya sebagai makluman untuk dirinya sahaja kerana memikirkan bahawa tiada faedahnya membocorkan keaiban tersebut. Bahkan ia boleh mengundang permusuhan yang boleh memeningkan kepala tanpa manfaat yanag berguna untuk diri dan masyarakat.

    Manusia kategori pertama hanya berfikir pada aras rendah iaitu aras pengetahuan dan kefahaman sahaja. Aktiviti kognitif kumpulan ini agak statik dan hampir tidak terjana. Lihat atau dengar dan hafal serta luahkan semula dalam bentuk yang sama atau dengan sedikit tambahan.

    Manusia kategori kedua lazimnya berfikir pada aras sederhana iaitu aras aplikasi dan analisis. Kumpulan ini bijak memanfaatkan peluang untuk meniru tindakan orang lain untuk kemajuan diri dan organisasi. Kumpulan ini juga mampu untuk melihat punca sesutu peristiwa itu berlaku dan kesannya kepada diri dan organisasi.

    Manusia kategori ketiga berfikiran pada aras penilaian dan ciptaan. Kumpulan ini bijak membuat panfdangan tersendiri berasaskan ilmu dan kemahiran yang dimiliki dan membina alternatif untuk penambahbaikan. Kumpulan mampu menjana suatu resolusi yang konkrik dalam proses pembuatan keputusan. Kegiatan kognitif kumpulan ini sangat aktif. Sewajarnya para pemimpin di semua perinkat berusaha menerobos ruang ini untuk berdiri sebagai pemimpin yang berwibawa.

    Individu cemerlang sewajarnya berusaha mendidik diri untuk berada dalam kategori ketiga. Fikirkan tentang idea. Idea. Idea.

    Allah sangat menyarankan kita supaya mengoptimakan fungsi otak yang dikurniakan untuk berfikir, mengambik ingatan, mengambil pengajaran dan mengkaji sesuatu fenomena demi kebaikan kepada diri dan masyarakat.  

Tukarkan pekena kepada peluang

    Apabila kita ditugaskan dalam sesebuaha organisasi, maka seringkali kita akan diberikan tugas atau sesuatu tanggungjawab atas dasar kita sebagai orang baru. Orang lama akan memperkena anda. Usah bersedih dengan tindakan demikian. Jika anada seorang yang cemerlang hakiki, maka ambil kesempatan itu sebagai peluang untuk membuktikan kecemerlangan anda yang sebenarnya. Insya Allah dalam masa yang singkat sahaja anda akan berjaya mencuri hati ketua anda kerana telah mempamerkan kecemrlangan bekerja. Anda akan membuatkan mereka yang memperkenakan anda mula mencemburui hubungan akrab dengan ketua.

    Usah menyisihkan mereka atau mengkhianati mereka. Sebenarnya merekalah yang telah menyampaikan berita kecemerlangan anda kepada ketua anda. Mereka telah membuat kesilapan terhadap diri sendiri. Maafkanlah mereka. Berbaiklah dengan mereka.

Tukarkan cacian kepada cabaran

    Mungkin anda pernah mengalami situasi bahawa hasil kerja anda diperlekehkan. Usah bersedih kerana sejarah telah membuktiksn bahawaorang yang sering memperlkehkan usaha orang lain sebenarnya dia sendiri tidak menghasilkan apa-apa.