Tazkirah Ramadhan 06082012

27/07/2012 07:08

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana masih diizin oleh Allah untuk menjalani ibadah puasa pada tahun 22012 ini. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada tahun-tahun lepas. 

Pada tahun ini dijadualkan tazkirah untuk saya sempurnakan pada 06082012.  Berikut disampaikan intipati tazkirah saya untuk dikongsi dengan masyarakat maya yang lebih luas.

Saya mulakan tazkirah dengan memetik ucapan klasik baginda Rasulullah SAW:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Dalam hadis ini terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh baginda.  Saya fokuskan kepada isu pengurusan. Isu ini digarapkan daripada ungkapan: 

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ 

yang bermaksud: dan apabila seseorang menjalani hari-hari dengan ibadat puasa, maka janganlah berbalah dan meninggikan suara, maka jika seseorang menyakitinya atau bergaduh dengannya, maka katakanlah sesungguhnya aku adalah orang berpuasa.

Pengurusan yang saya maksud di sini ialah pengurusan konflik.  Ungkapan hadis tersebut menyarakan kaedah menghadapi konflik. Terdapat berbagai gaya yang dicadangkan para pengkaji bagi menghadapi dan mengatasi konflik, antaranya:

  1. —Collaborating: win/win
  2. —Compromising: win some/lose some
  3. —Accommodating: lose/win
  4. —Competing: win/lose
  5. —Avoiding: no winners/no losers
 
 Setelah saya analisis ungkapan hadis ini dan dibandingkan dengan kaedah penyelesaian konflik di atas, maka ilmu saya cnderung
 untuk memilih bahawa kaedah yang ke5 lebih berpadanan dengan maksud hadis ini.  Avoiding adalah kaedah mengelak daripada  
 meneruskan konflik.  Kaedah ini membawa maksud:
  1. —No winners, no losers
  2. —Fundamental premise: This isn't the right time or place to address this issue
  3. —Strategic philosophy: Avoids conflict by withdrawing, sidestepping, or postponing
  4. —When to use:

1.When the conflict is small and relationships are at stake

2.When you're counting to ten to cool off

3.When more important issues are pressing and you feel you don't have time to deal with this particular one

4.When you see no chance of getting your concerns met

5.When more information is needed

 
Semoga tazkirah ini dapat memberikan idea yang baik kepada kita semua. Sekian, wassalam.