Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif IPGKSAH 2014

01/07/2014 10:38

Alhamdulillah telah selesai menyertai pertandingan KIK peringkat IPGKSAH pada 26 Jun 2014. Keutamaan di sini ialah penyertaan, belum diletak sasaran menjuarainya, sekadar memimpin pasukan untuk meraih pengalaman dan memenuhi kouta pentertaan jabatan. Berbekalkan projek JARAWAK yang dihasilkan bagi mengatasi masalah kemahiran menilai aras Hasil Pembelajaran dan generalisasi pencapaian murid dalam kalangan Guru Pelatih Praktikum. Walau bagaimanapun penyertaan ini telah memenangi tempat keempat (saguhati). Rasa syukur walaupun kejayaan itu kecik, tetapi ia tetap sebuah kejayaan berbanding ramai lagi yang tidak menyertainya. Pertandingan ini lebih kepada bertanding dengan diri sendiri. Beberapa penambahbaikan telah dibuat berdasarkan saranan juri.