Lawatan pengantarabangsaan JAPIM IPGKSAH ke Johor dan Singapura

03/11/2013 14:42

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah mengadakan lawatan penanda aras ke Johor dan Singapura pada 28 hingga 31 Oktober 2013 yang bertemakan Pengantarabangsaan JAPIM IPGKSAH. Lawatan ini telah memberikan peluang kepada para pensyarah JAPIM IPGKSAH untuk memperkaya diri dengan ilmu dan memperkasa diri dengan idea-idea penambahbaikan JAPIM pada masa akan datang.

28 Oktober 2013, lawatan ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Sesi perkongsian di IPGKTI sangat bermakna terutama aspek kepemimpinan instruksional bagi menggerakkan usaha penerbitan buku dalam kalangan pensyarah.

29 Oktober 2013, lawatan ke Kolej Islam Muhammadiyah, Singapura. Sesi perkongsian di sini membuahkan hasil yang juga sangat bermakna terutama aspek perjuangan dakwah dan pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat muslim Singapura. Admin turut menyumbang buku karangan sendiri kepada kolej ini (Gambar).

30 Oktober 2013, lawatan ke Universal Studio Singapura untuk menyaksikan kecanggihan teknologi, ketinggian kreativiti dan inovasi masyarakat dunia.

31 Oktober 2013, lawatan ke Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Perkongsian di sini juga sangat bermakna terutama keupayaan pensyarah fakulti ini untuk merungkai keperluan peserta lawatan yang bertemakan Penyelidikan Cara Mudah. Turut didedahkan kepada para peserta ialah tentang cara mudah untuk menulis buku berdasarkan tema-tema tertentu tanpa memerlukan belanja yang besar.