Kursus Pemimpin Muda Semekar

24/08/2016 16:07

18082016 hadir menyempurnakan undangan sebagai fasilitator Kursus Pemimpin Muda SMK Bakar Arang bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Diperuntukan masa dua jam dari 1030-1230. Alhamdulillah telah disempurnakan. Semoga bermanfaat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:

Aktiviti 1

Kepedulian kepada peranan ketua. 

Peserta diminta membentuk kumpulan berasaskan urutan kelahiran. 

Peserta ditugaskan berbincang dalam kumpulan tentang isu yang dipertanggungjawabkan. Wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan mengikut urutan berikut:

  1. Nama kumpulan dan ahli kumpulan
  2. Isu yang dibincangkan
  3. Pandangan ahli kumpulan tentang isu tersebut.
Refleksi: Pentingnya peranan ketua. Tanpa ketua, maka gerak kerja menjadi tanpa terarah dan lambat.
 
Aktiviti 2
Anda dan Pemimpin.
 
Peserta diberikan petikan ungkapan tentang pemimpin. Bincang dalam kumpulan. Bentang kepada khalayak. Format pembentangan seperyi berikut:
  1. Nama kumpulan dan ahli kumpulan
  2. Isu yang dibincangkan
  3. Pandangan ahli kumpulan tentang isu tersebut.
Refleksi: Peserta sudah mula sedar kepentingan ketua.
 
Aktiviti 3
Anda sebagai pengikut.
 
Sekumpulan peserta menunjuk cara hubungan pemimpin dan pengikut dengan berdiri di atas sekeping papan. Catatan: unutk membuktikan peranan pengikut yang sebenar. 
Peserta diberikan petikan ungkapan tentang pengikut. Bincang dalam kumpulan. Bentang kepada khalayak. Format pembentangan seperyi berikut:
  1. Nama kumpulan dan ahli kumpulan
  2. Isu yang dibincangkan
  3. Pandangan ahli kumpulan tentang isu tersebut.
Refleksi: Peserta sudah mula sedar kepentingan pengikut.
 
Aktiviti 4
Informal leader
 
Peserta berdiri beramai-ramai dalam satu kumpulan besar. Peserta diarah hendak kaki dan beberapa aktiviti lain. Perubahan kepada aktiviti lain dirancang oleh sekumpulan peserta tanpa diketahui oleh majoriti peserta.
 
Refleksi: Elak menjadi informal leader yang merosakkan organisasi. Ketua perlu manfaatkan peranan informal leader untuk elak kerosakkan dalam organisasi. Bahkan ia sangat membantu organisasi untuk berjaya.