Bengkel Penulisan Ilmiah

13/05/2015 22:52

Bengkel Penulisan Ilmiah

Anjuran: DBP Cawangan Utara dan Jabatan Prasekolah IPGKSAH

Bertempat di DBP Cawangan Utara, Bandar Perda, Pualau Pinang

Pada 6-7 Mei 2015

Dedikasi buat sidang perkongsian maya, dimaklumkan bahawa pihak DBP sedang menggiatkan usaha untuk mencapai sasaran penerbitan buku sebanyak 300,000 judul bagi memenuhi keperluan syarat pengiktirafan Malaysia sebagai negara maju.

Rebutlah peluang ini. Undanglah pihak DBP untuk memberikan bimbingan dan panduan.

Ganjaran menanti anda:

1. Setelah manuskrip diluluskan untuk diterbitkan, maka pihak DBP akan membayar RM1000 terus ke akaun anda.

2. Setelah buku dicetak, belum dijual, maka pihak DBP akan membayar 50% royalti yang patut anda terima sebagai pendahuluan.

3. Royalti untuk buku umum 15% dan buku akademik 20%.

Selamat menulis.....!