Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21

14/03/2015 16:20

Hadir menyempurnakan jemputan perkongsian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengendalikan pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 dalam slot bengkel Latihan Dalam perkhidmatan di SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak. Empat modul telah dikongsikan secara teori (2) dan praktis (2). Perkongsian secara teori melibatkan modul Pembelajaran Berasaskan Projek dan Game Base. Manakala perkongsian secara praktis melibatkan modul Kuiz Warna dan Tayang Dia yang saya bangunkan sendiri.