KERTAS KERJA QUDWAH DALAM KEPIMPINAN

27/01/2012 08:42

2012-01-26 13:35

QUDWAH DALAM KEPIMPINAN*

Disediakan dan dibentang oleh;
USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
Pensyarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

*Kertas kerja ini telah dibentang dalam Kursus Penghayatan Islam anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
Kertas kerja ini boleh dimuaturun di alamat: http/www.mediafire.com/?cys12f3yu1kyocl

Abatrak

Kerajaan Malaysia pernah mempromosi gagasan Kepimpinan Melalui Teladan sebagai salah satu dasar penambahbaikan dalam sektor awam untuk menjamin pentadbiran yang baik (good governance). Gagasan ini menitipkan hasrat agar para ketua jabatan yang dilantik boleh menjadi contoh teladan yang baik kepada kakitangan bawahan dan masyarakat. Qudwah membawa maksud contoh, teladan, idola, model ikutan dari segi kepemimpinan. Manakala qudwah hasanah boleh dimaksud sebagai kepemimpinan teladan yang terpuji berdasarkan ketokohan Rasulullah SAW. Kepemimpinan Rasulullah meliputi pelbagai aspek sama ada dari segi hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Seluruh makhluk memperolehi rahmat kebahagian, keamanan, kedamaian dan keadilan di bawam kepemimpinan baginda. epemimpinan teladan mestilah dipilih daripada golongan yang tinggi ketaqwaan, keilmuan dan kemahiran pengurusannya. Dalam erti kata lain pemimpin teladan mesti bertunjangkan kesepaduan antara ulamak dan umarak.

QUDWAH DALAM KEPIMPINAN*

Disediakan dan dibentang oleh;

USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM

Pensyarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

 

 

PENDAHULUAN

 

Kerajaan Malaysia pernah mempromosi gagasan Kepimpinan Melalui Teladan sebagai salah satu dasar penambahbaikan dalam sektor awam untuk menjamin pentadbiran yang baik (good governance).  Gagasan ini menitipkan hasrat agar para ketua jabatan yang dilantik boleh menjadi contoh teladan yang baik kepada kakitangan bawahan dan masyarakat.  Namun begitu tidak dinyatakan dengan jelas idola sebagai model kepada gagasan ini. Sewajarnya masyarakat Islam mesti menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola mereka.   Muhammad Rasulullah telah mendahului senarai 100 Manusia Berpengaruh Di Dunia berdasarkan penyusunan yang dibuat oleh Michael H.Hart. Rasulullah SAW telah diutus sebagai rasul yang membawa rahmat kepada seluruh alam ini tidak kira apa jenis makhluk yang wujud di muka bumi ini. Rahmat boleh dimaksudkan sebagai contoh teladan yang baik untuk tujuan ikutan dan rujukan umat manusia seluruhnya.  Contoh teladan yang didokong oleh Rasulullah ialah uswah hasanah dan qudwah hasanah.

 

MAKSUD QUDWAH

قدا

قال الليث: القدو: أصل البناء الذي ينشعب منه تصريف الاقتداء.

ويقال: قِدْوُه وقُدوة لما يقتدي به.

قال أبو بكر: القِدَى: جمع قدوة يكتب بالياء.

 

*Kertas kerja ini telah dibentang dalam Kursus Penghayatan Islam anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Kertas kerja ini boleh dimuaturun di alamat: https://www.mediafire.com/?cys12f3yu1kyocl

©2010 MD/md zuki bin hashim

اللحياني عن الكسائي يقال: لي بك قُدْوة وقِدْوَه وقِدَة. ومثله حَظِيَ فلان حِظْوَة

وحُظْوة وحِظَة، ودارِى حِذْوَةِ دارك وحُذْوة وحِذْتُه.

وقال أبو زيد: يقال قدا وأقداء، وهم الناس يتساقطون بالبلد فيقيمون به ويهدءون.

ثعلب عن ابن الأعرابي: القَدْوُ: القدوم من السفر. والقَدْوُ بالقُرْب.

ثعلب عن ابن الأعرابي: أقدى، إذا استوى في طريق الدين. وأقدى ايضا، إذا أسن وبلغ الموت.

عمرو عن أبيه أقدى، إذا قَدِم من سَفرَ وأقدَى، إذا استقام في الخبر.

وقال الليث: يقال مر بي يتقدى به فرسه، أي سلزم سنن السيرة. وتقديت على دابتي. ويجوز في الشعر: يقدو به فرسه.

أبو عبيد عن أبى زيد قال: أتتنا قادية من الناس، وهم أول من يطرأ عليك. وقد قدت فهي تقدِي قَدْياً.

قال: وقال أبو عمرو قاذية بالذال. والمحفوظ ما قال بالدال. أبو زيد: وقال أبو عبيد قال أبو زيد. إذ كان الطبيخ طيب الريح قلت قَدِي يَقدَي قَدًى وقَداةَ وقَداوَةً.

وقال الفراء. ذهبت قداوة الطعام، إذا أتى عليه وقت يتغير فيه طعمه وريحه وطيبه.

وقال أبو عمرو: قَداة بالطيب تقدية، إذا خلط العود بالعنبر والمسك ثم جمرهم به.

أبو عبيد عن الفراء قال: القَدْيان والذَّمَيان الإسراع. يقال منه قَدَى يَقْدِي، وذَمَي يذْمِي.

الأصمعي: بيني وبينة قدى قوس وقيد قوس وقاد قوس.

وأنشد الأصمعي:

ولكنَّ إقدامي إذا الخيلُ أحجمتْ ... وصَبْري إذا ما الموتُ كانَ قِدَى الشِبْرِ

وقال الآخر:

وإنى إذا ما الموتُ لم يك دونَه ... قِدَى الشِّبْر أحْمِى الأنفَ أن أتأخّرا

وقالت أمرأة لعائشة: أأقيد جملي؟ أرادت بذلك تأخيذها إياه عن النساء غيرها. فقالت عائشة لها بعد ما فهمت مرادها: وَجْهي من وجهك حرام.

وتقييد الخط: إحكامه بالتنقيط والتعجيم.

أبو عبيد عن الأحمر: من سمات الإبل قيد الفرس، وهي سمة في أعناقها. وأنشد:

بطاقة الكتاب - تهذيب اللغة

(Al-Azhari, Tahzib Al-Lughah )

 

            Kesimpulannya, qudwah membawa maksud contoh, teladan, idola, model ikutan  dari segi kepemimpinan.  Manakala qudwah hasanah boleh dimaksud sebagai kepemimpinan teladan yang terpuji berdasarkan ketokohan Rasulullah SAW.  Kepemimpinan Rasulullah meliputi pelbagai aspek sama ada dari segi hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam.  Seluruh makhluk memperolehi rahmat kebahagian, keamanan, kedamaian dan keadilan di bawam kepemimpinan baginda.

 

KEPEMIMPINAN  RASULULLAH SAW

 

Rasulullah tidak mempunyai gelaran khusus berkaitan dengan kepemimpinan berbanding pemimpin-pemimpin umat Islam selepas baginda. Pemimpin sering diungkapkan sebagai imam, khalifah, sultan, hakim dan amir. Ibnu Khaldun (2000) menerangkan bahawa khalifah bermaksud pengganti kehadiran Nabi Muhammad SAW yang bertanggungjawab menjalankan  tugas seperti baginda untuk mempertahankan agama dan menjalankan kepemimpinan politik di dunia ini.  Kepimpinan melibatkan dua elemen utama iaitu kepemimpinan (leadership) dan kepengikutan (followership). Aminuddin (1990) merumuskan bahawa kepemimpinan dalam Islam bersifat preskriptif dan normatif.

           

            Kepimpinan bukan sahaja dikaitkan dengan tanggungjawab kepimpinan dalam bentuk kelompok, bahkan kepada diri sendiri seperti mengawal pancaindera supaya sentiasa penuh mentaati Allah, menjauhi larangan-Nya, baik dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun dari sudut aqidah dan keyakinan. Matlamatnya pula adalah untuk mempertingkatkan kualiti diri bagi melahirkan kepimpinan melalui teladan atau menjadi ‘qudwah hasanah’ yang seterusnya akan menghasilkan tokoh-tokoh pemimpin yang menjadi ikutan ramai dan pimpinan kepada orang lain serta masyarakat dari kelompok yang sedikit kepada yang lebih besar.

 

            Kepemimpinan Rasulullah SAW bersifat kepemimpinan dakwah yang bertanggungjawab memimpin umat Islam dengan sikap kebapaan, Kenyataan ini disahkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz apabila memberikan jawapan yang jitu terhadap keluhan para gabenornya yang mendakwa kekayaan Baitul Mal telah surut dengan banyak akibat daripada dasar yang dilaksanakan oleh khalifah.  Antara dasar yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar sebagai langkah perbelanjaan berhemat ialah menghentikan kutipan cukai jizyah daripada muallaf.  Jawapan yang diberikan Umar ialah bahawa Muhammad tidak diutus untuk memungut cukai (Jahid, 1989). Kepemimpinan Rasulullah SAW sarat dengan ciri-ciri qudwah hasanah.

 

CIRI QUDWAH HASANAH

 

Rasulullah SAW adalah rujukan utama kepemimpinan teladan yang terpuji.  Justeru itu, ciri kepemimpinan teladan mesti berasaskan sifat-sifat wajib bagi baginda sebagai rasul iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.

 

Ciri pertama ialah al-Sidqu. Al-Sidqu bererti benar. Pemimpin yang akan dijadikan sebagai idola hendaklah pemimpin yang mengutamakan kebenaran dalam kehidupannya.  Pemimpin tersebut mestilah sentiasa bercakap benar atau tidak berdusta dalam tutur katanya.  Beliau mesti memastikan kenyataan yang akan diungkapkan telah jelas sumber dan maklumatnya serta dipandu oleh ilmu pengetahuan yang tinggi.  Di samping itu, pemimpin teladan juga mesti membenarkan sesuatu perkara yang benar.  Pemimpin mesti mencegah diri daripada memesongkaan atau menyelewengkan kebenaran atas apa jua alasan sekalipun. Pemimpin teladan juga mesti bersedia menerima kebenaran sekalipun amat pahit dan menyentuh keperibadiannya. Pemimpin teladan mesti memperakukan sesuatu kebenaran adalah sebagai benar.

 

Pemimpin teladan juga mesti berani bertindakan atas dasar kebenaran seperti yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW bahawa Allah akan mengurniakan rahmat kepada mereka yang berani menegaskan kebenaran seperti dalam sabda baginda:

 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَحِمَ اللَّهُ أَبَا بَكْرٍ زَوَّجَنِيَ ابْنَتَهُ وَحَمَلَنِي إِلَى دَارِ الْهِجْرَةِ وَأَعْتَقَ بِلَالًا مِنْ مَالِهِ رَحِمَ اللَّهُ عُمَرَ يَقُولُ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا تَرَكَهُ الْحَقُّ وَمَا لَهُ صَدِيقٌ رَحِمَ اللَّهُ عُثْمَانَ تَسْتَحْيِيهِ الْمَلَائِكَةُ رَحِمَ اللَّهُ عَلِيًّا اللَّهُمَّ أَدِرْ الْحَقَّ مَعَهُ حَيْثُ دَارَ

 

Ciri kedua ialah al-Amanah.  Amanah bererti jujur atau integriti.  Pemimpin teladan mesti menjaga, memelihara dan melaksanakan amanah yang diterima dengan penuh tanggungjawab dan keinsafan.  Amanah yang Allah bebankan ke atas seseeorang pemimpin mestilah dipikul dengan penuh kesedaran bahawa ia akan disoal oleh Allah di Akhirat kelak.  Amanah utama seseorang pemimpin ialah menegakkan agama Allah dan mengurus dunia dengannya (agama).  Kenyataan ini membawa maksud sebarang keputusan yang bakal disimpulkan mestilah berlandaskan proses pembuatan keputusan yang telah ditetapkan oleh Syariat dan bersumberkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah sebagaimana digalurkan dalam proses pembuatan keputusan ijtihadi.  Kedua-dua sumber ini telah dijamin oleh Rasulullah akan menghindar manusia daripada kesesatan selama-lamanya.

 

Dasar pembuatan keputusan ini akan memanda pemimpin teladan agar sentiasa berlaku adil dalam pelaksanaan amanah tersebut seperti firman Allah berikut: .

 

 

Ertinya:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Al-Nisak:58

 

Pemimpin teladan mesti sedar bahawa segala sumber di sekelilingnya sama ada sumber manusia, sumber kewangan, sumber alam semulajadi atau sumber maklumat semuanya adalah amanah Allah untuk dimakmurkan untuk kepentingan umum.  Kesedaran ini akan menjauhkan diri pemimpin teladan daripada sifat tamak, haloba, rakus dan zalim dalam tindakannya untuk mengaut segala sumber tersebut untuk kepentingan dan kemewahan diri sendiri.  Tanggungjawab amanah ini telah dirakamkan sebagai peringatan oleh Allah dengan firman-Nya:

 

Ertinya:

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

Al-Ahzab:72

 

Ciri ketiga ialah al-Tabligh. Tabligh bererti menyampaikan.  Pemimpin teladan mesti mengutamakan ketelusan dalam sistem penyampaian.   Pemimpin teladan mesti memastikan semua agihan sumber dibuat secara telus dan diterima oleh kumpulan sasaran yang ditetapkan.  Allah SWT mewajibkan kepada para pesuruh-Nya dengan tanggungjawab tabligh ini agar segala ajaran yang diamanah kepada mereka disempurnakan penyampaiannya secara keseluruhannya kepada umat manusia.  Kenyataan ini merujukkepada firman Allah SWT: 

 

 

Ertinya:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.

Al-Maidah: 99

Agihan kekayaan negara hendaklah dibuat dengan adil kepada kumpulan sasaran. Saranan ini telah digarapkan oleh Allah dengan firman-Nya:

 

 

 

 

Ertinya:

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Al-Taubah: 60

 

Ciri keempat ialah al-Fatanah. Fatanah bererti bijaksana.  Bijaksana bermaksud bijak memilih alternatif yang wajar bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan demi keadilan kepada semua orang.  Pemimpin teladan mesti bijak memilih alternatif yang sesuai untuk sesuatu tindakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pemimpin teladan juga mesti bijaksana mengurus konflik sama ada yang dirancang atau berbangkit tanpa perancangan (Md Zuki, 2007).  Allah mengajar pemimpin teladan agar mempelbagaikan pendekatan menyelesaikan konflik seperti termaktub dalam firman-Nya:

 

 

Ertinya:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Al-Nahlu: 125

 

            Ciri kelima ialah adil.  Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.  Keadilan merupakan teras utama ajaran Islam.  Sifat adil ini melayakkan pemimpin teladan untuk memperoleh perlindungan Allah pada Hari Qiamat kelak seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللَّهِ وَرَجُلٌ كَانَ قَلْبُهُ مُعَلَّقًا بِالْمَسْجِدِ إِذَا خَرَجَ مِنْهُ حَتَّى يَعُودَ إِلَيْهِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ فَاجْتَمَعَا عَلَى ذَلِكَ وَتَفَرَّقَا وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حَسَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

           

            Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Allah sangat menyukai dan menyenangi pemimpin yang adil.  Pengiktirafan ini juga melayakkan pemimpin yang adil dijadikan contoh teladan seluruh pemimpin umat manusia.

 

            Ciri keenam ialah zahid. Zahid bermaksud tidak cintakan keduniaan dan tidak takut untuk mati.  Dalam erti kata lain pemimpin teladan mesti kalis ujian nafsu.  Rasulullah SAW adalah pemimpin teladan yang telah melepasi ujian nafsu apabila ditawarkan dengan tiga perangsang utama nafsu manusia iaitu harta, takhta dan wanita.  Golongan musyrikin Quraisy telah memberi jaminan akan menunaikan segala keinginan Rasulullah SAW dengan syarat baginda mestilah meninggalkan Islam dan tidak mengembangkannya dalam kalangan masyarakat Mekah.  Rasulullah SAW berjaya melepasi ujian dahsyat ini.

 

            “Jika anda ingin tahu akhlak seseorang, berilah kuasa kepadanya”.  Kata-kata ini pernah diungkapkan oleh pembaca berita TV1 apabila menyudahkan tugasnya dalam rancangan Berita Dunia.  Renung-renungkanlah.  

 

            Mungkin contoh terbaik pemimpin teladan selepas Rasulullah dan Khulafak Al-Rashidin ialah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang mewakili pemimpin zuhud bagi zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah apabila beliau memulakan amalan zuhud dalam pemerintahan dengan diri dan keluarga baginda.  Baginda tidak mahu mewarisi kemewahan khalifah-khalifah sebelumnya dengan melelong semua kuda diraja dan hasilnya dideposit ke dalam Baitul Mal.  Baginda menghiasi diri dengan pakaian-pakaian murah setaraf rakyat jelata.  Baginda memerintahkan isterinya untuk memulangkan segala hadiah kemewahan daripada bapa mertuanya kepada Baitul Mal (A Rahim, 1965).

 

            Ciri ketujuh ialah keutamaan hak Allah.  Pemimpin teladan mestilah mereka yang sentiasa mengutamakan hak Allah apabila membuat sesuatu keputusan.  Hak-hak Allah diambil kira sebagai perkara pertama dalam senarai keutamaan semasa membuat sesuatu perancangan agar hak-hak tersebut tidak terlepas pandang dan kemudiannya dilaksanakan secara tergesa.gesa dan tidak disempurnakan dengan sewajarnya.  Sikap mengabaikan hak-hak Allah dalam sebarang tindakan menyebabkan pelaksanaannya tidak diringi dengan rahmat Allah dan akan jauh daripada pertolongan Allah SWT.

 

            Ciri-ciri kepemimpinan yang dibincangkan ini memperlihatkan bahawa Islam telah meletakkan garis panduan yang teliti untuk menentukan pemimpin yang wajar diteladani berdasarkan contoh akhlak yang dipertontonkan kepada masyarakat.  Justeru itu, pemilihan pemimpin teladan mestilah didasarkan kepada asas yang telah diilhamkan oleh Syarak agar ia bebas daripada tuntunan hawa nafsu yang sering mengabaikan rasional akal manusia.  Prasyarat pemimpin teladan perlu difahami dengan menyeluruh agar keakuran kepada kehendak Allah SWT disokong oleh keimanan dan keredhaan di hati.

 

PRASYARAT KEPEMIMPINAN TELADAN

 

Prasyarat kepemimpinan teladan secara mudahnya boleh dirujuk kepada prasyarat ketua kepada organisasi solat. Tidak semua orang boleh mengepalai solat berjamaah sewenang-wenangnya.  Ketua atau imam solat berjamaah tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh Syarak.  Berikut dibincangkan syarat imam solat berjamaah yang menjadi asas pertimbangan meneladani seseorang pemimpin:

  1. Muslim dan mukmin iaitu bukan orang kafir. Keimanan seseorang pemimpin teladan menjadi asas utama untuk dicontohi dan diikuti.  Allah SWT sangat melarang umat Islam melantik ketua daripada kalangan golongan kafir khususnya Yahudi dan Nasrani kerana sikap permusuhan mereka terhadap Islam sejak lama dahulu.  Allah SWT meletakkan asas pertimbangan ini dalam firman-Nya seperti berikut:

 

Ertinya:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Al-Taubah: 71

 

 

 

Ertinya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Al-Maidah: 51

  1. Lelaki.  Imam hendaklah sempurna sifat semulajadinya iaitu tiada kekurangan sifat asalnya seperti khunsa. Ini bukan suatu unsur diskriminasi terhadap golongan wanita.  Allah SWT Maha Mengetahui hikmah setiap perintah yang disampaikan kepada manusia.  Allah SWT yang mencipta manusia. Dialah yang Maha Arif kekeurangan dan kelemahan manusia. Allah SWT sememangnya menjadi kaum wanita mempunyai kelemahan dari segi kepemimpinan, tetapi mempunyai kekuatan yang tersendiri dari aspek yang lain.  Begitu juga dengan golongan lelaki yang mempunyai kelemahan dari aspek lain, tetapi mempunyai kesesuaian dari aspek kepemimpinan.  Senario ini dirumuskan oleh Allah dengan firman-Nya:

 

 

Ertinya:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Al-Nisak: 34

  1. Merdeka iaitu bukan hamba. Walaupun begitu diharuskan bagi orang yang merdeka berimamkan seorang hamba jika hamba itu lebih baik bacaannya.
  2. Mumaiyyiz iaitu mampu membezakan antara kebaikan dan kemunkaran. Pemimpin yang boleh diteladani mengikut dasar Islam ialah pemimpin yang mampu mengklasifikasikan sesuatu perkara sama ada ia boleh mendatangkan keburukan atau kebaikan.  Kekuatan ini akan mempengaruhi amalan pembuatan keputusan yang mempunyai implikasi kepada seluruh ahli masyarakat.  Bagaimana mungkin pemimpin yang tidak mumaiyiz boleh melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar sedangkan perintah itu adalah suatu kewajipan yang bertaraf fardhu kifayah.
  3. Baligh iaitu bukan kanak-kanak.  Walaupun begitu jika kanak-kanak itu lebih baik bacannya, maka harus orang yang sudah baligh berimamkannya.  Pemimpin yang lebih muda, tetapi mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi adalah wajar dilantik sebagai pemimpin yang boleh diteladani sebagaimana Rasulullah SAW pernah melantik beberapa orang ketua tentera yang masih belia umurnya. 
  4. Lebih arif tentang hukum Syarak.  Syarat ini penting dimiliki oleh pemimpin teladan kerana ia mampu memberikan kuasa memahami dan menilai setiap situasi berdasarkan hukum Syarak. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa golongan berilmu ini merupakan pewaris kenabian untuk meneruskan tanggungjawab dakwah ke jalan Allah sebagaimana sabda baginda dalam hadith berikut:

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّهُ لَيَسْتَغْفِرُ لِلْعَالِمِ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانُ فِي الْمَاءِ وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ لَمْ يَرِثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَإِنَّمَا وَرِثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

مسند احمد

 

Ibnu Khaldun (2000) merumuskan prasyarat pemimpin teladan kepada empat asas utama iaitu (1) pengethuan (2) berhemah tinggi (3) berkesanggupan dan (4) pancaindera yang tidak mempunyai sebarang kecacatan yang boleh mempengaruhi pertimbangan dan tindakan.  Prasyarat kelima ialah berketurunan Quraisy, tetapi prasyarat ini mendapat pandangan dan perselisihan pendapat dalam kalangan ulamak tentang kewajarannya. 

Kesimpulannya, prasyarat ketua dalam organisasi solat adalah sumber inspirasi kepada prasyarat pemimpin teladan mesti dihayati oleh umat Islam.  Kesemua prasyarat yang telah dibincang ada pada diri Rasulullah SAW yang telah meletakkan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah yang disegani kawan dan takuti oleh lawan sama ada dari segi ketaqwaan kepada Allah SWT, amal ibadat, kepatuhan kepada Syariat dan akhlak mulia.  Akhlak baginda Rasulullah adalah cerminan akhlak pemimpin teladan terpuji yang telah dirakamkan dan termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.  

 

TOKOH-TOKOH QUDWAH HASANAH

 

Rasulullah SAW adalah contoh teladan kepemimpinan yang terbaik.  Gaya, sikap dan ciri kepemimpinan baginda adalah contoh teladan mutlak berdasarkan ajaran Islam yang dicetuskan oleh Allah berdasarkan kalam-Nya yang termaktub di dalam Al-Quran.  Kepemimpinan teladan baginda terpelihara daripada unsur  terkeji bahkan segalanya adalah terpuji.  Justeru itu, bagindalah satu-satunya teladan mutlak dari segi kepemimpinan umat Islam yang terangkum dalam frasa Qudwah Hasanah.

 

              Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, maka teladan kepemimpinan yang baik telah diwarisi oleh para sahabat baginda yang telah menerajui kepemimpinan Negara Islam yang terkenal dengan gelaran Khulafak Al-Rasyidin.  Kepemimpinan teladan yang ditunjukan oleh para Khulafak al-Rasyidin adalah duplikasi kepada kepemimpinan Rasulullah SAW kerana sumber utama kepemimpinan mereka adalah Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

            Melepasi zaman pemerintahan Khulafak Al-Rasyidin, Negara Islam menghadapi krisi kepemimpinan.  Negara Islam yang diterajui oleh para pewaris Bani Umaiyah tidak konsisten meneladani kepemimpinan terpuji baginda Rasulullah SAW. Kepemimpinan para khalifah Bani Umaiyah semakin menjauhi kepemimpinan teladan terpuji sehingga terdorong mengurus dan mentadbir Negara berlandaskan akal dan nafsu mereka kecuali beberapa orang khalifah seperti Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. 

 

            Kepemimpinan yang bercelaru ini kemudiannya telah diwarisi oleh kelompok khalifah daripada Bani Abbasiyah dan secara tidak konsisten mewarisi kepemimpinan teladan terpuji baginda Rasulullah SAW.  Dalam erti kata lain bahawa dalam kalangan pemimpin kerajaan Bani Abbasiayah kedapatan juga khalifah yang dengan rendah hati menzahirkan kepemimpinan teladan persis Rasulullah SAW, tetapi tidak berterusan begitu sepanjang pemerintahan mereka.  Khalifah Harun Al-Rashid mungkin doleh dijadikan pemimpin teladan atas sikapnya yang sangat menghormati ulamak dan meminati ilmu pengetahuan sehingga zamannya digelar zaman kegemilangan Islam tatkala masyarakat sedangkan menghadapi zaman kegelapan dan kemerosotan tamadun.

 

            Selepas kejatuhan kerajaan Islam terakhir di Turki, hampir tidak ada lagi pemimpin Negara Islam yang boleh diteladani kepemimpinan mereka kerana telah menyimpang terlalu jauh daripada ciri kepemimpinan teladan terpuji baginda Rasulullah SAW.  Kebanyakan yang menjadi pemimpin Negara Islam adalah mereka yang tidak berlatarbelakangkan kekuatan pengetahuan dan amalan ajaran Islam dalam kehidupan mereka, sedangkan baginda Rasulullah SAW menyaran kepada umat Islam dengan jelas bahawa pewaris baginda adalah golongan yang mempunyai ketinggian ilmu agama dan amalan solehnya.  Pemimpin Negara Islam mutakhir ini juga adalah hasil visi orientalis yang mempromosi gagasan sekularisme yang bermula dengan pemisahan kuasa dan diikuti dengan pemisahan ilmu dalam sistem pendidikan. 

 

            Golongan orientalis dan musuh Islam telah berjaya mengasingkan kelompok umat Islam kepada dua golongan iaitu ulamak dan umarak dengan bidang tugas yang  berbeza.  Sepatutnya ulamak lebih layak menjadi pemimpin Negara berasaskan kepada penegasan yang dibuat oleh Rasulullah SAW.  Para musuh Islam terlalu sangat bimbang jika ulamak diberi tanggungjawab memerintah Negara kerana implikasinya sangat besar terhadap usaha mereka untuk menjamu nafsu serakah mereka daripada kekayaan Negara yang diwajarkan untuk rakyat sebenarnya.  Para musuh Islam juga sangat bimbang dengan kehadiran ulamak menjadi pemimpin masyarakat kerana mereka tidak akan dapat mengaut habuan diri atau berkongsi  kemewahan Negara untuk serakus-rakusnya.  Musuh Islam juga bimbang dengan kepemimpinan ulamak kerana ia mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang menghayati ajaran Islam dan menjauhi seruan mereka untuk memenuhi kehidupan yang dipenuhi keseronokan yang dicipta mereka supaya manusia semua lupa kepada Allah SWT dan tidak takut kepada azab-Nya. 

 

PENUTUP

 

Berdasarkan kepada penegasan Allah melalui ayat 71 surah Al-Taubah  (prasyarat kepemimpinan berasaskan ketaqwaan) dan saranan Rasulullah SAW tentang kelayakan pemimpin untuk diteladani (menguasai ilmu keagamaan) serta catatan tanggungjawab khalifah (mahir dalam pengurusan dan pentadbiran) oleh Ibnu Khaldun, maka rumusan yang wajar adalah kepemimpinan teladan mestilah dipilih daripada golongan yang tinggi ketaqwaan, keilmuan dan kemahiran pengurusannya.  Dalam erti kata lain pemimpin teladan mesti bertunjangkan kesepaduan antara ulamak dan umarak iaitu kedua-duanya adalah orang yang sama.  Pemisahan kedua-duanya akan memberikan peluang kepada musuh Islam untuk memperkotak-katikkan umat Islam. Semoga dengan penghasilan dan pembentangan isi kandungan kertas kerja ini akan menyemarakkan lagi gejolak keinginan untuk mendalami ilmu pengetahuan.  Perbincangan yang dikemukakan dalam kertas ini didasarkan kepada landasan akademik semata.  Semoga para peserta sanggup meluangkan masa untuk mendalami beberapa persoalan berbangkit dalam kertas ini agar penjelasan daripada pelbagai sumber dapat membantu proses rumusan yang lebih mantap. Terima kasih. Wassalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

 

A Rahim. Dr. (1965), A Short History of Islam, Dacca: Ahmed Publishing House. 

Abdullah Bin Muhammah Basmeh (1990), Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

ِAl-Azhari (t.t), Tahzib Al-Lughah, Mauqi’u Al-Warraq, https://www.alwarraq.co

 Aminuddin Mohd Yusof (1990), Kepimpinan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ibnu Khaldun (2000), Muqaddimah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jahid haji Sidek (1989), Strategi Menjawab Sejarah Islam, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Michael H.Hart (t.t), The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History, https://www.jamaat.net/hart/thetop100.html

Md Zuki Hashim (2007), Cara Kerja Efektif, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

 

BAHAN BACAAN TAMBAHAN

 

Muhammad Husain Haikal (1989), Sejarah Hidup Nabi Muhammad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (2008), Muhammad SAW: insan teladan sepanjang zaman, Petaling Jaya: Anbakri Publika Sdn. Bhd.