Penyelidikan

Penyelidikan merupakan antara unsur persaingan yang sering tidak diminati oleh ramai orang. Ramai berpandangan bahawa adalah sukar untuk menghasilkan sesuatu kajian kerana prosedurnya ketat. Kajian mesti berasaskan teori. Untuk mendapatkan teori kita perlu merujuk kepada banyak buku. Rumit dan merimaskan. Akhirnya, ramai orang mengabaikan unsur ini.

    Pengalaman saya menghasilkan beberapa kajian, saya permudahkan. Saya utamakan idea dan dapatan kajian tersebut berbanding kaedahnya. Saya mulakan sesebuah kajian dengan mengeksploitasi data yang sedia ada terhidang dalam kawalan saya. Kemudian saya sediakan laporan kajian berasaskan disiplin kajian yang asal. Berapa banyak data yang berlonggok di sekeliling kita yang kita abaikan atau biarkan tanpa dianalisis bagi menjana maklumat berguna kepada kita dan masyarakat.