Dokumentasi

Menyediakan dokumentasi laporan sesuatu program atau projek sememangnya rumit jika ia tidak dirancang dengan baik dari awal. Dokumentasi yang bermakna akan menjadi sumber rujukan yang berkesan bagi melicinkan pelaksanaan projek yang sama pada masa akan datang. Dokumentasi bermakna juga akan membantu pihak organisasi mengelak daripada mengulangi kesilapan atau kecacatan yang sama pada masa akan datang.

    Kerjaya sebagai Pensyarah Cemerlang (Guru Cemerlang/Pegawai Cemerlang/Pentadbir Cemerlang/Pengetua Cemerlang) sememangnya menuntut daya usaha yang tinggi untuk menyediakan dokumentasi semua hasil kerja yang telah dibuat. Apa carapun, maka dokumentasi mesti disediakan sebagai bahan bukti semasa proses pemantauan termasuk membeli peralatan stationary sendiri dan menyediakan ruang khas di rumah kediaman atau pejabat untuk tujuan itu. Tn. Haji Samsudin (Guru Cemerlang Gred JUSA C) telah membina pejabat khas di kediamannya sebagai bilik kerja atau bilik gerakannya. Di situ ditempatkan peralatan dokumentasi, ruang pameran bahan-bahan hasil kerjanya dan mempamerkan gambar-gambar peribadi semasa pembentangan atau sebagainya untuk dicontohi olehsesiapa yang berminat dengan kerjaya itu.

    Penyediaan dokumentasi menuntut pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga.

    Bahan dokumentasi yang disediakan sebaiknya dicatatkan nota kaki dengan nama sendiri dan diserahkan sesalinan kepada Ketua Jabatan sebagai bukti penghasilan kerja.