Umar Abdul Aziz

18/09/2012 15:47

Umar Abdul Aziz adalah pemimpin yang tersangat zuhud dalam pemerintahannya. Anak khalifah yang dibesarkan dalam suasana meawah. Namun era pemerintahannya memperlihatkan Umar telah jauh berbeza daripada kehidupan sebelumnya. Hidayah Allah telah menjadikan baginda seorang yang langsung tidak cintakan dunia. Mengembalikan semua hak rakyat yang dimiliki oleh bapanya ke dalam Baitul Mal untuk diagihkan semula kepada rakyat yang berhak.

    Saban malam Umar akan bertahajjud dan muhasabah diri. Merenung setiap tindakannya dalam pentadbiran kerana dibimbangi wujud unsur kezaliman terhadap rakyat. Umar menangis memohon keampunan Allah jika baginda telah berlaku zalim.

Pengajarannya:

  1. Ada baiknya jika para pemimpin dan rakyat dapat menunaikan solat tahajjud setiap malam sebagai ikutan sunnah Rasulullah.
  2. Para pemimpin sewajarnya sentiasa muhasabah diri pada waktu bersunyian pada waktu dinihari terhadap semua tindakannya dalam pentadbiran supaya dapat mengesan unsur kezaliman kepada rakyat untuk diperbetulkan keesokan harinya.
  3. Para pemimpin sewajarnya memilih untuk takut kepada Allah dalam semua tindakannya.
  4. Para pemimpin sewajarnya mengelakkan diri daripada mempergunakan kuasa yang dianugerah kepadanya untuk mengaut kekayaan negara dan menzalimi hak rakyat. 

    Sama-samalah kita meneladani perlakuan Umar Abdul Aziz agar kita dapat menjadi pemimpin tanpa ego sehingga mencabar kuasa-kuasa Allah.