Ulasan Kerja Kursus MPU3052 Kumpulan PISMP Ambilan Jun 2015

05/04/2016 16:09

Dalam kesempatan ini saya akan membincangkan beberapa kelemahan yang kerap di lakukan oleh majoriti calon untuk dijadikan rujukan bagi tujuan penabahbaikan pada masa akan datang.

Tugasan esei

1. Rujukan.

Rujukan telah dicatat tidak akur format APA sepenuhnya. Senarai rujukan di halaman akhir tugasan tidak disusun mengikut abjad, sebaliknya ditandai dengan bullets. 

Sumber rujukan tidak dipelbagaikan. Hanya menyenaraikan buku semata-mata. Tidak dimasukkan jurnal ilmiah, petikan akhbar, majalah dan laman sesawang tokoh-tokoh berpengaruh.

2. Organisasi

Tiada pendahuluan dan penutup.

Tidak dintakan sub-sub topik yang dibincangakan menyebabkan pemeriksa sukar memahami ulasan yang disampaikan. Struktur isi kandungan tidak mesra pelanggan.

Tidak berjaya membuat perkaitan antara perbincangan sebelum dengan perbincangan akan datang.

3. Pemikiran kritis.

Refleksi terhadap setiap sub topik tidak berfokus dan dinyatakan dalam kenyataan umum sahaja.

Kurang disarankan cadangan-cadangan yang praktikal.