Tugasan PTK DG48

14/07/2014 09:13

Tugasan ini tidaklah merupakan contoh yang sudah semestinya baik dari pelbagai aspek. Ia sekadar contoh untuk perkongsian sahaja.

 

1.    Ringkasan Eksekutif

Penyelidikan dan pembangunan merupakan elemen yang sangat diberi perhatian oleh terutama organisasi yang berorientasikan keuntungan. Namun begitu organisasi yang berorientasikan perkhidmatan wajar merebut peluang ini untuk melakukan penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang disediakan.  Pulangan daripada pelaburan di bidang penyelidikan dan pembangunan perlu diambil kira untuk memastikan keberkesanannya.  Oleh sebab itu dapatan kajian mesti dirasionalkan terlebih dahulu agar mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Dapatan kajian yang telah saya laksanakan telah dapat meningkatkan kualiti kerja dalam organisasi dari segi keberkesanan pengelolaan program, membina pemikiran strategik secara saintifik, menghasilkan modul-modul pengajaran dan pembelajaran  berfokus yang dapat dikongsi bersama,  membina dan membangunkan sikap dan amalan profesional dalam kalangan warga organisasi dan meningkatkan amalan pembuatan keputusan yang berkualiti.  Disiplin kajian yang diamalkan akan membantu pemikiran analitik dan saintifik yang dimulai dengan usaha mendefinisi masalah yang boleh dikaji, mengutip data, memproses data untuk menzahirkan maklumat berguna bagi memahami punca dan situasi masalah sebenar, mencadangkan langkah penyelesaian dan membangunkan produk untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.  Kepentingan penyelidikan dan pembangunan ini telah ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009.

 

 

2.    Pengenalan

Penyelidikan merupakan bidang yang sangat dipentingkan oleh organisasi yang berorientasikan keuntungan.  Namun begitu untuk tujuan penambahbaikan proses kerja dalam organisasi, maka kebanyakan organisasi telah memberikan perhatian kepada bidang penyelidikan ini.  Walaupun begitu persoalan berbangkit  tentang keberkesanan penyelidikan yang dijalankan untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga organisasi sedangkan kedapatan penyelidikan yang telah membabitkan perbelanjaan dana yang tinggi.  Pulangan dari pelaburan penyelidikan ini mesti diambilkira dan dipentingkan bagi memastikan keberkesanaan kos dalam sesuatu belanjawan.  Pada pandangan saya, isu ini berlaku disebabkan oleh tidak wujudnya  kesinambungan kerja selepas penyelidikan dijalankan.  Sebenarnya terdapat dua elemen utama dalam penyelidikan  iaitu penyelidikan dan pembangunan.  Malangnya elemen pembangunan dan penambahbaikan produk sering kali tidak diberi perhatian.  Hal ini telah menyebabkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan tidak dilakukan.  Justeru itu, penyelidikan yang dihasilkan bukan sahaja tidak mendatangkan keuntungan dari segi pelaburan malah tidak mendatang manfaat secara langsung kepada organisasi. 

 

3.    Definisi konsep

3.1 Dapatan penyelidikan bermaksud maklumat berguna yang diperolehi daripada data terpilih yang diproses dengan sempurna.

3.2 Anda laksanakan bermaksud kajian yang telah saya laksanakan sama ada secara individu atau bersama dengan pasukan penyelidik yang saya merupakan salah seorang daripada ahli pasukan tersebut.

3.3 Kualiti kerja merujuk kepada tindakan pembuatan keputusan yang tepat dan pengurusan aktiviti yang berstrukturkan prosedur dengan mengoptimakan kos dan memaksimakan kecekapan dan keberkesanan.

3.4 Organisasi anda bermaksud organisasi tempat saya bertugas ketika kajian dijalankan sama ada di sekolah atau institut perguruan.

 

4     Impak Dapatan Penyelidikan Yang Telah Meningkatkan Kualiti Kerja Organisasi

 

4.1

Fakta 1

Meningkatkan  kualiti kerja organisasi dari segi keberkesanaan pengelolaan program. Keberkesanan bermaksud sebarang tindakan yang mendatangkan perubahan positif kepada sesuatu isu.

 

 

Huraian Fakta 1

Dari segi pernyataan masalah, saya telah menyemak keputusan peperiksaan awam, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) secara umum dan khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di tempat saya bertugas. Saya dapati bahawa keputusan peperiksaan awam tersebut  tidak mengalami perubahan besar tahun demi tahun walaupun seminar teknik menjawab soalan telah diadakan setiap tahun.  Seminar teknik menjawab soalan yang dianjurkan menelan belanja yang agak besar walaupun bersumberkan tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 

 

Saya merumuskan bahawa kemungkinan seminar yang diadakan kurang berkesan. Saya maksudkan seminar ialah suatu sesi ceramah yang diadakan dalam sebuah dewan yang besar melibatkan kehadiran jumlah pelajar sehingga mencecah 200 orang. Atas kesedaran dan keinsafan terhadap isu ini, saya telah menyediakan kertas cadangan penyelidikan dan dibentang dalam mesyuarat panitia mata pelajaran bagi mengusahakan jalan penambahbaikan terhadap tindakan pengelolaan yang kurang mendatangkan impak kepada kualiti kerja organisasi.  Pada awal tahun 2002, saya telah menyediakan tiga set soalan yang hampir sama sebagai instrumen kepada tiga kajian yang akan dijalankan pada bulan februari, Mei dan Julai.

Analisis dapatan. Dapatan ujian Februari telah  menzahirkan skor min calon ialah 33.  Rawatan awal masalah ini telah dijalankan palan bulan April dengan menjemput penceramah dari luar untuk menerangkan teknik menjawab yang baik kepada calon peperiksaan.  Pada bulan Mei calon-calon menduduki ujian kedua. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan ujian t dengan kaedah ujian t bagi satu sampel ( one sample T Ttest ) dan min ujian pertama dijadikan nilai ujian (Test Value).  Hasil analisis ini didapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara ujian pertama dan ujian kedua pada aras signifikan 0.01 dan skor min calon ialah 37 berbanding ujian pertama (33).  Pada bulan Julai dijalankan perawatan kedua dengan kaedah bengkel yang melibatkan kumpulan kecil.  Saya sendiri yang mengendalikan bengkel ini.  Lima bengkel yang melibatkan lima kelas telah dilaksanakan selama tiga hari dan masa bengkel bagi setiap kelas ialah selama dua jam.  Pada bulan Ogos ujian ketiga telah dijalankan.  Data terkumpul telah dianalisis menggunakan ujian t dengan kaedah Ujian T sampel berpasangan (Paired sample T Test ) dan didapati wujud perbezaan yang signifikan antara ujian ketiga dengan ujian pertama dan kedua pada aras signifikan 0.01 dan skor min calon telah meningkat  kepada 51.

 

Impak Kepada Organisasi

Impak kepada kualiti kerja organisasi. Peningkatan skor min calon-calon dalam ujian ketiga telah menyumbang kepada lonjakan keputusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.  Keptusan  mata pelajaran Pendidkan Islam   bagi tahun-tahun sebelumnya tidak pernah melepasi angka 12 orang calon yang memperolehi gred A1, tetapi bagi tahun 2002 didapati peningkatan 100% bilangan calon yang mendapaat gred 1A iaitu 24 orang.  Selepas kejayaan ini, maka kaedah bengkel teknik menjawab soalan telah diaplikasi untuk semua mata pelajaran yang terdapat gurunya berkhidmat sebagai pemeriksa kertas masing-masing.  

 

Rumusannya, bahawa penyelidikan mampu memberikan gambaran sebenar dan mencungkil punca kepada sebarang masalah.  Usaha menangani punca masalah yang telah digarapkan oleh kajian yang telah dijalankan telah meningkatkan kualiti kerja organisasi dari segi keberkesanan pengelolaan program.  Peningkatan keberkesanan akan meningkatkan pulangan kepada pelaburan yang dibuat untuk membiayai sesuatu program.  Penyelidikan juga dapat mengelakkan kos yang tinggi akibat daripada tindakan cuba jaya berdasarkan andaian perasaan semata-semata.

 

4.2

Fakta 2

Membantu meningkatkan kualiti kerja organisasi dari segi pemikiran strategik.

 

 

Huraian Fakta 2

Pernyataan masalah. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati masalah ponteng di sekolah tempat saya bertugas agak kritikal.  Gejala ponteng sekolah menduduki tempat pertama dalam senarai salahlaku pelajar.  Dapatan ini bertepatan dengan beberapa laporan tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Bagi memastikan bahawa gejala ini sememangnya wujud di sekolah saya, maka saya telah menjalankan kajian tinjauan bersumberkan data yang terdapat dalam Buku Rekod Kedatangan Pelajar (BRKP) pada tahun 2005. 

 

Analisis dapatan telah menzahirkan beberapa fenomena yang tidak difahami oleh pihak sekolah sebelum ini iaitu:

1.    Terdapata dua hari pilihan pelajar untuk ponteng sekolah iaitu hari Ahad dan Khamis seperti yang terdapat dalam Jadual 1,

Jadual 1: Analisis Min Ponteng Sekolah Mengikut Hari

 

N

Min

SP

F

P

Ahad

14

159..21

108.63

 

 

Isnin

16

104.69

66.45

 

 

Selasa

16

111.63

85.98

1.932

0.115

Rabu

15

85.53

35.45

 

 

Khamis

14

134.14

76.01

 

 

Tahap Signifikan: p<0.05

 

2.    Terdapat pengurangan kadar ponteng yang ketara pada hari ujian dijalankan seperti yang dizahirkan dalam Rajah 1.

 

 

 

Rajah 1: Graf ponteng mengikut peristiwa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari segi perancangan strategik, analisis matriks Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang (SWOT) memberikan gambaran bahawa gejala ponteng merupakan kelemahan kepada organisasi dan kesedaran pelajar tentang pentingnya ujian merupakan peluang yang boleh dieksploitasi oleh organisasi bagi mengatasi masalah gejala ponteng ini.  Manakala analisis TOWS seperti dalam Rajah 2 pula mencadangkan bahawa strategi yang wajar digunapakai dalam kes ini ialah penstrukturan semula jadual ujian. Justeru itu tindakan strategik yang perlu diaplikasi ialah mengadakan ujian bulanan pada hari Khamis dan Ahad.

Rajah 2: Analisis TOWS pengurusan straategik

 

KEKUATAN (S)

KELEMAHAN (W)

1.      Kadar ponteng pada hari Ahad dan Khamis yang tinggi.

PELUANG (O)

1.      Kesedaran penting ujian yang tinggi dalamkalangan pelajar.

 

Strategi O1W1

1.      Penstruktur semula jadual ujian bulanan dan sebagainya.

ANCAMAN (T)

 

 

 

 

Impak Kepada Organisasi

Impak kepada kualiti kerja organisasi.  Dalam mesyuarat pengurusan sekolah, semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menerimapakai cadangan penstrukturan semula jadual ujian bulanan pada hari Khamis dan Ahad.  Keputusan ini kemudiannya diwartakan sebagai polisi dalaman sekolah.  Setelah tindakan strategik ini dilaksanakan, kadar ponteng bagi kedua-dua hari berkenaan telah merosot dengan banyaknya dan hampir menyamai kadar ponteng pada hari-hari ujian.  Kejayaan ini telah mendatangkan impak yang sangat ketara terhadap budaya kerja berkualiti dari segi meningkatkan pemikiran strategik dan keberkesanan tindakan melalui pembentukan polisi yang berfokus, realistik dan boleh dicapai.  

 

Rumusannya, bahawa pemikiran strategik yang berasaskaan maklumat daripada dapatan penyelidikan telah mendatangkan impak secara langsung kepada prestasi organisasi.   Impak ini adalah hasil daripada kefahaman yang jelas tentang punca sebenar masalah yang dihadapi.  Menyelesaikan punca masalah bermakna membasmi masalah tersebut dari akar umbinya dan tidak ada tunas baru yang akan tumbuh. 

 

4.3

Fakta 3

Membantu meningkatkan kualiti kerja organisasi dari segi menghasilkan modul-modul pengajaran dan pembelajaran yang berfokus.

 

 

Huraian Fakta 3

Pernyataan masalah.  Pengalaman berkhidmat sebagai pemeriksa kertas 1223/1 Pendidikan Islam selama enam tahun dan sebagai Ketua Pasukan kertas tersebut selama tiga tahun telah memberikan peluang keemasan kepada saya untuk memahami kaedah pemarkahan yang diamalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).  Laporan pemeriksaan yang saya sediakan setiap tahun menzahirkan pengulangan masalah yang sama dalam kalangan calon peperiksaan kertas 1223/1.  Kelemahan teknikal calon ialah mengemukakan jumlah isi yang sedikit atau seperti jumlah yang tercatat dalam soalan sedangkan peraturan pemarkahan LPM membenarkan calon menjawab lebih daripada jumlah yang dinyatakan. Di samping itu kedapatan beberapa masalah lagi iaitu gagal menjawab soalan istilah walaupun mereka biasa mendengar dan mempunyai pengalaman dengan istilah berkenaan.  Inilah dua masalah utama calon yang telah menyebabkan mereka kehilangan sejumlah markah yang banyak. 

 

Setiap tahun saya telah menjalankan kajian tinjauan dalam kelangan pelajar saya untuk mengesan kewujudan masalah ini dan ternyata ia memang berlaku.   Justeru itu saya telah membangunkan satu modul yang dinamakan b-tech-to-b.  Modul ini mengandungi dua elemen utama rawatan pemulihan ialah bengkel teknik mnjawab dan latih tubi.  Setelah rawatan dilaksanakan, makasaya telah susuli dengan kajian keberkesanan rawatan tersebut.

Analisis dapatan.  Data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan perisian  Satistical Package for Social Sciences (SPSS).  Ujian korelasi yang dijalankan menzahirkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara jumlah isi yang dikemukakan dengan jumlah skor calon bagi soalan atau konstruk 5a (p=0.001) pada aras signifikan 2-tailed 0.01dan 5b (p=0.014) pada aras signifikan 2-tailed 0.05 seperti dizahirkan dalam Jadual 2 dan Jadual 3. 

 

Jadual 2: Ujian Korelasi antara Jumlah Skor Soalan 5a dengan Jumlah Isi Dikemukakan

 

 

 

5a

bilisi5a

 

5a

Pearson Correlation

1.000

.363

 

 

Sig. (2-tailed)

.

.001

 

 

N

78

78

 

bilisi5a

Pearson Correlation

.363

1.000

 

 

Sig. (2-tailed)

.001

.

 

 

N

78

78

 

 

**  Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

 

Jadual 3: Ujian Korelasi antara Jumlah Skor Soalan 5b dengan Jumlah Isi Dikemukakan

 

 

5b

bilisi5b

 

5b

Pearson Correlation

1.000

.278

 

 

Sig. (2-tailed)

.

.014

 

 

N

78

78

 

bilisi5b

Pearson Correlation

.278

1.000

 

 

Sig. (2-tailed)

.014

.

 

 

N

78

78

 

 

*  Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

 

      Walaupun hubungan kedua-dua  ujian ini agak lemah iaitu .363 bagi soalan 5a dan .278 bagi soalan 5b, namun hubungan kedua-duanya adalah poitif yang membawa maksud sebarang pertambahan jumlah isi akan meningkatkan  jumlah skor calon.   Hasilnya, data yang telah dikumpul dari kajian ini memaklumkan bahawa pelajar yang mengemukakan jumlah isi yang lebih telah berjaya memperolehi skor yang lebih tinggi berbanding pelajar yang mengemukakan isi secukupnya atau kurang daripada yang diminta.

 

Impak Kepada Organisasi

Impak kepada kualiti kerja organisasi.  Dapatan penyelidikan ini telah meberikan implikasi bahawa guru tidak wajar bergantung kepada sumber pengetahuan yang terdapat di dalam buku teks sahaja untuk meningkatkan prestasi pelajar.  Guru sewajarnya memberikan juga tumpuan kepada aspek teknik menjawab yang berkesan.  Justeru itu saya telah menghasil modul buku latihan sendiri untuk kegunaan pelajar-pelajar di sekolah saya.  Saya sediakan juga skema pemarkahan untuk panduan guru-guru yang menggunakan buku ini seperti ditunjukan dalam Rajah 4 dan Rajah 5.

 

Rajah 4: Contoh Modul Latihan Pendidikan Islam

 

Rajah 5: Contoh Skema Jawapan Modul Latihan Pendidikan Islam

 

 

Rumusannya, bahawa penyelidikan telah menzahirkan pelbagai idea penambahbaikan kepada kualiti kerja organisasi.  Jika sebelumnya saya dan rakan sejawat hanya bergantung kepada buku teks sahaja sebagai sumber perbincangan dalam bilik darjah, tetapi sekarang saya sudah menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan modul latihan berfokus kepada teknik menjawab berkesan sebagai bahan bantu mengajar (BBM).  Kepelbagaian kaedah ini telah meningkatkan prestasi organisasi dalam peperiksaan awam. 

 

4.4

Fakta 4

Meningkatkan kuliti kerja organisasi dari segi sikap dan amalan profesional.

 

 

Huraian Fakta 4

Aktiviti penyelidikan banyak melibatkan interaksi antara penyelidikan dengan responden.  Dalam interaksi ini para penyelidik mesti mengamalkan sikap profesional mereka.  Saya telah menjalankan kajian tinjauan amalan nilai murni dalam kalangan murid Tahun Lima sekolah orang asli di utara negeri Perak bagi tahun 2009 yang telah dibentang di Copthorne Hotel, Pulau Pinang pada 23 Julai 2009. 

 

Semasa membentang cadangan kajian di Taiping Golf Resort, berbagai pendapat daripada rakan-rakan telah dikemukakan.  Saya mengambil sikap profesional dengan menghormati dan mempertimbangkan pandangan mereka.   Contohnya, saya telah menerima pandangan mereka supaya kajian ini tidak dijalankan dalam kalangan murid Tahun Enam seperti cadangan asal kerana murid Tahun Enam sedang dalam perhatian guru mereka dan bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).  Saya juga mengamalkan sikap berhujah dan bertindak secara rasional.  Contohnya, rasional pemilihan empat buah sekolah orang asli ialah kerana penglibatan mereka dalam Projek Jaringan Utara (PJU).

Analisis dapatan. Dapatan kajian saya menzahirkan amalan nilai murni dalam kalangan murid sekolah orang asli berada pada tahap Amat Memuaskan.

 

 

 

Jadual 4: Peratus Skor Keseluruhan Setiap Nilai Murni

 

NILAI

Kebersihan

Kerajinan

Kesyukuran

Kepatuhan

Menghormati

PERATUS SKOR

83 (AM)

70 (M)

96 (AM)

88 (AM)

99 (AM)

PURATA

87 (AM)

 

Dapatanini telah menimbulkan rasa tidak puashati dalam kalangan peserta seminar.  Contohnya, seorang peserta yang menghujah bahawa dapatan kajian saya seperti terdapat dalam Jadual 4 bercanggah dengan pengalaman beliau bersama murid sekolah orang asli.  Aplikasi sikap rasional ini telah menjadikan suasana perbincangan harmoni dan wujud perkongsian pintar antara pembentang dan peserta.  Saya hujahkan seperti berikut:

a.    Batasan kajian ini telah menghadkan sasaran kajian ialah murid Tahun Lima sahaja. Sememangnya keadaan murid Tahun Satu jauh berbeza dengan murid Tahun Lima dari segi amalan nilai murni.  Batasan telah menghalang generalisasi dapatan kajian ke atas murid tahun lain.

b.    Murid Tahun Lima telah lima tahun menjalani proses penerapan nilai murni seperti termaktub dalam perancangan Kurukulum baru Sekolah Rendah (KBSR).  Justeru itu,  sudah pasti mereka telah berubah.  Inilah kejayaan guru-guru yang bertugas di sana. Tahniah kepada mereka.

Saya juga mengamalkan sikap positif dan menganggap sebarang teguran yang disampaikan oleh sesiapa sahaja berkaitan kajian yang telah saya jalankan sebagai sumbangan idea yang baik dan boleh membangunkan kemahiran saya untuk mengendalikan penyelidikan.  Contohnya, saya bersikap positif terhadap kritikan bahawa dapatan kajian saya tidak boleh digeneralisasi kepada populasi kajian kerana responden hanya melibatkan murid yang hadir ke sekolah ketika kajian dijalankan.

 

Impak Kepada Organisasi

Impak kepada kualiti kerja organisasi.  Sikap profesional ini telah berjaya membudayakan kualiti kerja dalam organisasi saya dari segi membina kemahiran interpersonal dalam kalangan warga organisasi.  Kemahiran interpersonal ini telah dizahirkan oleh kemahiran intrapersonal dan kestabilan emosi penyelidik.  Penyelidikan juga telah merangsang kualiti kerja dalam organisasi saya dari segi tradisi cintakan ilmu apabila mengemukakan hujah yang disertakan dengan bukti  kukuh.

 

Rumusannya,  seluruh warga organisasi sepatutnya melibatkan diri dengan aktiviti penyelidikan kerana ia dapat membina disiplin yang kukuh dari segi kualiti kerja.  Beberapa disiplin dapat dipupuk melalui penyelidikan seperti:

a.    Menjaga amanah dengan amalan kerahsiaan responden.

b.    Mendapatkan maklumat daripada sumber pertama (primary).

c.    Bersikap adil terhadap semua responden apabila pemilihan sampel dilakukan secara rawak.

d.    Berfikir secara analitik dan saintifik apabila mencadangkan penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan.

Justeru itu, inilah sikap yang saya amalkan apabila berurusan dengan rakan sejawat dan juga subjek kajian.  Ternyata sikap ini amat disenangi oleh semua orang.

 

4.5

Fakta 5

Membantu meningkatkan kualiti kerja organisasi dari segi membuat keputusan yang berkualiti.

 

 

Huraian Fakta 5

Pernyataan masalah bagi fakta ini ialah kegagalan pihak sekolah membuat keputusan yang tepat dan berkualiti berkaitan langkah mengatasi gejala ponteng sekolah. Kualiti dalam pembuatan keputusan bermaksud keputusan yang dibuat itu berfokus atau menjurus, boleh diukur kejayaannya, boleh atau mampu dicapai  dan bertepatan dengan kenyataan, Malangnya kebanyakan keputusan yang dibuat oleh pihak sekolah sering kali dipengaruhi oleh pengalaman tindakan di sekolah lain yang tidak mempunyai latarbelakang demografi yang sama atau terpengaruh dengan sekolah pesaing yang lain.  Akhirnya, keputusan yang dibuat tidak berkualiti dan tidak memberikan impak yang sebenar. Saya fokuskan dalam huraian fakta ini kepada masalah ponteng sekolah berdasarkan kajian saya pada tahun 2006.

 

Analisis dapatan. Saya telah menjalankan kajian ponteng sekolah sebaik sahaja saya ditempatkan di sebuah sekolah di daerah pedalaman.  Tujuan kajian saya ialah untuk mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi kadar ponteng sekolah yang tinggi di sekolah berkenaan.  Saya mengandaikan beberapa faktor yang berkaitan dengan peristiwa telah mempengaruhi kadar ponteng tersebut.  Justeru itu saya telah mewujudkan pembolehubah acara atau peristiwa terhadap data yang telah dikumpul iaitu hari tanpa acara, hari ujian, hari yang ada acara besar dan hari selepas acara atau cuti. Saya dapatkan data daripada Buku Rekod Kedatangan Pelajar ( RKP).  Setelah dianalisis data berkenaan,maka kajian ini telah mendapati bahawa ujian ANOVA menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan ( p=0.000) purata ponteng mengikut peristiwa ( Jadual 5 ).

Jadual 5: Analisis Min Ponteng Sekolah Mengikut Peristiwa

 

N

Min

SP

F

P

Hari Biasa

53

99.96

41.49

 

 

Hari Selepas Peristiwa/Cuti

5

171.20

43.10

 

18.968

 

0.000

Hari Peristiwa

12

227.58

126.26

 

 

Hari Ujian

6

36.33

4.13

 

 

Tahap Signifikan: p<0.05

 

Didapati bahawa skor min yang sangat berbeza antara hari biasa ( 99.96), hari selepas acara atau selepas cuti (171.20), hari ada acara (227.58) dan hari ujian (36.33). Manakala ujian Post Hoc pula mendapati bahawa purata ponteng pada hari biasa berbeza dengan hari ada acara ( p=0.000) dan hari selepas acara atau cuti berbeza dengan hari ujian ( p=0.003). Manakala hari ada acara pula berbeza dengan hari biasa (p=0.000) dan hari ujian (p=0.000). Seterusnya hari ujian pula berbeza dengan hari ada acara (p=0.000) dan hari selepas acara (p=0.003).

Manakala rajah Pareto pula mencadangkan supaya tindakan pembetulan mesti dimulakan dengan tindakan menangani gejala ponteng sekolah ini yang berpunca daripada hari yang ada acara terlebih dahulu.

 

 

 

Rajah 6: Gambarajah Pareto kadar ponteng mengikut acara

 

Saya rumuskan dapatan ini bahawa wujudnya ponteng ciptaan pihak sekolah. Sebenarnya pihak sekolah telah menyebabkan berlakunya gejala ponteng sekolah apabila menganjurkan acara besar tanpa melibatkan semua pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.  Contohnya, bagi acara sambutan kemerdekaan hanya mungkin 20 orang pelajar mengambil bahagian dengan aktiviti persembahan dan sebagainya berbanding jumlah pelajar keseluruhannya sebanyak 1945 orang.  Aktiviti yang dianjurkan juga sama setiap tahun dan tidak menarik.  Di samping tiada penegasan yang serius oleh pucuk pimpinan sekolah untuk memaksa pelajar hadir mengikuti program berkenaan.  Faktor-faktor ini telah menyebabkan pelajar tidak tertarik untuk hadir ke sekolah dan mereka mimilih untuk menonton televisyen di rumah atau buat aktiviti sendiri.   

 

Impak Kepada Organisasi

Impak kepada kualiti kerja organisasi. Melalui kajian ini saya telah menyedarkan pihak sekolah bahawa mereka sebenarnya telah mencipta dan menyumbang wujudnya gejala ponteng sekolah ini.  Selama ini pihaksekolah sering menuding jari kepada sikap pelajar, sikap waris, pengaruh televisyen, sikap masyarakat dan peranan pihak berkuasa dengan menyalahkan mereka.  Saya juga telah mengemukakan cadangan kepada pihak sekolah supaya mengambil beberapa tindakan berikut:

 

1)    Pengetua mesti menegaskan sendiri tentang tanggungjawab pelajar untuk hadir ke sekolah dan hukuman akan dikenakan jika pelajar ingkar.

2)    Penganjur program besar mesti mengusahakan penglibatan semua pelajar dalam aktiviti yang dikelolakan. 

Cadangan ini telah berjaya mengatasi masalah ponteng sekolah pada hari yang ada acara besar.  Contohnya pada hari sambutan Maulidur Rasul yang melibat semua pelajar, maka pihak pengajur telah mengelola beberapa aktiviti yang melibatkan semua pelajar seperti berikut:

              I.        Dua kelas pertama dalam setiap tingkatan diwajibkan mengikuti kuiz bertulis. Hadiah disediakan dengan jumlah yang besar untuk meningkatkan kebarangkalian pelajar mendapat hadiah adalah besar.  Ini akan mendorong mereka untuk hadir dan bersaing.

            II.        Dua kelas berikutnya dikehendaki melukis dua bidang kain rentang tentang Nabi Muhammad mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kain rentang ini akan diarak ke padang setelah acara di dewan tamat dan dari sana pelajar dibenarkan pulang.

           III.        Ahli Jawatankuasa persatuan mengadakan gerai jualan.

Rumusannya, kajian yang telah saya jalankan telah berjaya menzahirkan punca sebenar  gejala ponteng sekolah yang mampu dikawal oleh pihak sekolah.  Kajian ini juga telah membantu pihak sekolah membuat keputusan yang tepat dan berkualiti bagi menangani gejala ponteng sekolah.  Kajian ini juga telah memberikan kesedaran kepada semua guru untuk turut serta menangani gejala ponteng sekolah yang selama ini hanya menjadi beban kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Disiplin sahaja sedangkan orang lain yang mencipta ponteng sekolah.

 

5     Penutup

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah selesai membentangkan Bajet negara bagi tahun 2010 pada 23 Oktober 2009 di Parlimen.  Elemen penyelidikan dan pembangunan telah diberikan perhatian dengan beberapa strategi berikut:

a.    Merasionalisasikan semua dana penyelidikan supaya lebih efektif.

b.    Menubuhkan sebuah pusat inovasi negara.

c.    Mengintegrasi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan pendaftaran paten.

d.    Memberi galakan potongan cukai ke atas perbelanjaan bagi pendaftaran paten.

Ucapan belanjawan ini memperlihatkan betapa Perdana Menteri memandang serius aspek pulangan terhadap pelaburan di bidang penyelidikan.  Beliau juga sangat menggalakkan warga Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan.  Beliau juga menghasratkan supaya hasil kajian dapat dikomersialkan supaya mendatangkan manfaat kepada semua pihak. 

Di samping itu aktiviti penyelidikan dan pembangunan dapat mempertingkatkan lagi kualiti kerja dalam organisasi.

Rujukan

Gay L.R. & Peter Airasian (2003), Educational Research: Competencies for Analysis and Applications,New Jersey: Pearson Education Inc.

 Md Zuki Bin Hashim (1998) Laporan Pemeriksa Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ (1999) Laporan Pemeriksa Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ (2000) Laporan Pemeriksa Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ et.al.(2001), Laporan Kajian Prestasi Calon Kertas Pendidikan Islam SPM Dalam Ujian Gerak Gempur Julai 2001,SMK Jerai (tidak diterbitkan). Kajian ini dijalankan bersama ahli-ahli Panitia Pendidikan Islam SMKJ

________________ et.al.(2001), Laporan Kajian Prestasi Calon Kertas Pendidikan Islam PMR dan SPM Dalam Ujian Percubaan 2001,SMKJ (tidak diterbitkan). Kajian ini dijalankan bersama ahli-ahli Panitia Pendidikan Islam SMKJ

________________ (2001) Laporan Pemeriksa Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ (2002), Laporan Kajian Prestasi Calon Kertas Pendidikan Islam SPM Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Lima, SMKJ (tidak diterbitkan).

________________ (2002), Laporan Kajian Prestasi Calon Kertas Pendidikan Islam SPM Dalam Ujian Gerak Gempur Ogos 2002, SMKJ (tidak diterbitkan).

________________ (2002), Laporan Kajian Prestasi Calon ( 5 Jinan dan 5 Syamil )Kertas Pendidikan Islam SPM Dalam Peperiksaan Percubaan 2002, SMKJ (tidak diterbitkan).

________________ (2002), Laporan Kajian Prestasi Pelajar Tingkatan 4 Kiram Bagi Pendidikan Islam SPM Dalam Peperiksaan Akhir Tahun, SMKJ (tidak diterbitkan).

________________ (2002), Laporan Kajian Kes Ponteng Sekolah, SMKJ (tidak diterbitkan).

________________ (2002) Laporan Pemeriksa Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ (2003) Laporan Pemeriksa Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ (2004), Laporan Kajian Prestasi Calon Kertas 45 Pendidikan Islam PMR Dalam Peperiksaan Percubaan, SMK Tunku Putera (tidakditebitkan), Kajian ini dijalankan bersama Guru Pendidikan Islam yang mengajar tingkatan tiga.

________________ (2004) Laporan Ketua Pasukan K1200 Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ (2005), Laporan Kajian Kes Gejala Ponteng Sekolah, SMKSE (Diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan IPSAH 2008 )

________________ et.al.(2005), Laporan Kajian Prestasi Calon Kertas 45 Pendidikan Islam PMR Dalam Ujian Topikal 1, SMKTP (tidakditebitkan)

________________ (2005) Laporan Ketua Pasukan K1200 Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ (2006), Laporan Kajian Kes Prestasi Calon ( 3A dan 3B ) Kertas 45 Pendidikan Islam PMR, Jurnal Penyelidikan IPSAH 2009.

________________ (2006), Laporan Kajian Kes Gejala Ponteng Sekolah, ( Tidak diterbitkan )

________________ (2006) Laporan Ketua Pasukan K1200 Bagi Prestasi Calon Kertas 1223/1 Pendidikan Islam SPM, ( Tidak diterbitkan ).

________________ dan Dr. Ridhuan Ahmad (2009) Kajian Tinjauan Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan Murid Sekolah Orang Asli Di Utara Perak, ( Dibentang dalam Seminar Penyelidikan IPGM Zon Utara, Julai 2009 ).

Mohd. Majid Konting (1994), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Narges Baninajarian (2009), Groups in Context: A Model of Group Effectiveness, European Jurnalof social sciences, Volume 8,Number 2. https://www.eurojournals.com/ejss_8_2_13.pdf

Saharawati Binti Shahar ( 2008  ), The rate of return to investment in education: A case study of polytechnic Diploma Graduates. Thesis Sarjana Sastera,Universiti Sains Malaysia.