PPPM: Adakah kewujudannya dirasai?

26/10/2013 10:14

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan perancangan strtegik mega dalam industri pendidikan sebagai penyokong rancangan transformasi dalam gagasan 1Malaysia. PPPM diideakan bagi memenuhi tuntutan masyarakat semasa dan akan datang mulai tempoh 2013 hingga 2025. Maksudnya 23 tahun akan datang pelbagai legasi perubahan akan berlaku ke atas sistem pendidikan di Malaysia sebagaimana Wawasan 2020 yang mula menampakkan kesan ke atas Tamadun Malaysia ke arah sebuah negara maju sepenuhnya.

    Persoalannya: Adakah kewujudan PPPM diketahui atau dirasai?

    Khalayak pendidik mungkin sangat mengetahui tentang kewujudan PPPM, namun ia kurang dirasai secara membina. Pelaksanaan strategi-strategi yang terkandung dalam PPPM masih berada pada peringkat awal walaupun telah melepasi sekatan take off. Analogi yang memungkinkan kewajaran insiden ini berlaku ialah apabila seorang juruterbang yang cukup terlaltih dengan pengendalian pesawat tercanggih masa kni, tetapi telah diberikan tanggungjawab untuk menerbangkan ebuah pesawat usang dengan kelengkapan kelengkapan yang out of date. Pihak stakeholders mengharapkan pesawat ini diterbangkan dengan kelajuan maksima setidak-tidaknya setanding jet Concord kerana kepakaran dan kemahiran juruterbangnya yang sangat tinggi.

    Apa natijahnya?

    Apa pun natijahnya, program transformasi wajar diteruskan. Namun pihak-pihak yang terlibat perlu bertindak pantas mengatasi sebarang kelemahan walaupun memerlukan perbelanjaan yang besar. Antara tindakan yan difikirkan wajar dan kritikal buat masa ini ialah:

  1. Menaiktaraf kemudahan jalur lebar ke tahap kelajuan yang tinggi selaras dengan kemampuan di negara maju agar sebarang transaksi maya yang pantas tidak tergendala dan menyulitkan sistem penyampaian,
  2. Memperkasakan sumber manusia dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam semua bidang.

Akan dikemaskini.