Memperkasa Sisitem Ekonomi Islam Di Malaysia

03/10/2014 14:20

Ringkasan Eksekutif

Cabaran kehidupan manusia masa kini menjadi semakin kompleks terutama di bidang ekonomi apabila manusia berusaha untuk memenuhi kemahuan dan keperluan mereka yang tidak terhad sedangkan faktor-faktor pengeluaran sangat terhad. Justeru, bagi membangunkan sistem ekonomi yang harmoni, maka wujud keperluan mendasarkan sistem ekonomi dengan ajaran Islam. Sistem  Ekonomi Islam berteraskan dimensi rabbani, ijtihadi dan manusiawi mampu menangani kemungkinan berlaku kepincangan dalam pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan. Usaha memperkasa Sistem Ekonomi Islam wajar dimulai dengan peranan para pemimpin, cendikiawan, bank pusat dan masyarakat untuk menggerakkan mementum ke arah sistem ekonomi berlandaskan syariat sebagai tunggak dan bukan bersifat alternatif.