Laluan kerjaya yang kritikal

05/07/2013 22:28

Dalam sejarah kerjaya saya, saya telah mengalami satu detik yang telah meletakkan saya dalam keadaan yang terlalu sukar untuk membuat keputusan. Detik itu adalah saat saya terpaksa membuat keputusan untuk menyertai IPG  dan meninggalkan kerjaya sebagai pentadbir di sekolah. Saya hanya diberi masa 24 jam untuk membuat keputusan itu oleh pihak Bahagian Sumber Manusian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya bertanya kepada pegawai yang menelefon saya kenapa saya perlu buat keputusan? Kenapa tidak dilantik terus? Jawapannya kerana saya berada dalam zon yang selesa iaitu pada jawatab hakiki DG44 sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.