Hanya Allah tempat mengadu

13/10/2012 11:50

10/10/2012 telah dianugerahkan oleh Allah peluang untuk menyelia praktikum Guru Pelatih Program Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang sedang bertugas di Maktab Rendah Sains MARA Merbuk.  Peluang itu telah mempertemukan sebuah idea besar tentang ketuhanan.

    Sewaktu menikmati minum pagi bersama Pengetua MRSM Merbuk yang sangat baik hati dan berfikiran futuristik, maka beliau telah berkongsi idea besar ini. Katanya: Dulu waktu menjawat jawatan penolong kanan adalah sangat mudah kerja, apapun masalah berbangkit semuanya dirujuk kepada Pengetua, dia yang buat pertimbangan, dia yang berhempas pulas mimikirkan penyelesaiannya, dia yang buat keputusan dan dialah bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Sekarang... saya jadi pengetua, pada siapa saya nak mengadu?.... Hanya kepada Allah sahaja yang paling atas di MRSM ini. Mengadulah kepada Allah. Insya Allah setakat ini dah banyak Allah bantu saya sepanjang menjalankan tugas sebagai pengetua.

    Tegasnya lagi, mulai tahun hadapan dia akan mewajibkan semua pelajar MRSM Merbuk mesti menghafaz sekurang-kurangnya juz Amma. Saya sangat teruja dengan idealisme itu. Saya berdoa semoga niatyang baik itu akan dipermudahkan oleh Allah.

    Semasa berbincang dengan Guru Pelatih, mereka memaklumkan bahawa pengetuamereka sangat berkecenderungan untuk mewujudkan persekitaran diniy di sekolah berkenaan.  Pengetua juga telah mewajibkan semua bilik darjah diletakkan ayat Al-Quran atau sekurang-kurangnya BISMILLAHI RAHMANI RRAHIM.

    Alhmdulillah, warga MRSM Merbuj wajar bersyukur memiliki ketua yang sentiasa TAKUT kepada Allah dalam semua tindakannya. Amin!