6. Analisis bermakna setiap ujian yang dijalankan

25/02/2013 21:20

 

Berdasarkan analisis terhadap dokumen portfolio GPP, kajian ini juga mendapati bahawa tiada penilaian dibuat oleh GPP pada peringkat permulaan menjalani praktikum. Jika adapun ujian yang dibuat ialah bersifat umum yang tidak memberikan banyak makna, tiada analisis dan tidak dinyatakan segmentasi melalui headcount. Berdasarkan temu bual dengan guru pelatih didapati mereka sangat bergantung kepada ujian bulanan dan semester yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Mereka juga tidak mengetahui jenis dan kepentingan ujian sebagai alat penilaian untuk membantu guru mambuat penambahbaikan yang berterusan terhadap P&P. Di samping itu, GPP juga tidak prihatin terhadap kepentingan ujian untuk mengkelompokkan murid kepada tiga kumpulan (lemah, sederhana dan cerdas). Temu bual dengan GPP juga telah menzahirkan bahawa GPP tidak mahir dengan perisian-perisian computer yang mampu membantu mereka menganalisis markah dengan cepat dan mudah seperti Microsft Office Excel dan Statistical Package for Social Science.  Analisis ke atas modul interaksi pula didapati bahawa topik penilaian akan dibincangkan dalam interaksi akhir iaitu selepas GPP selesai menjalani latihan mengajar.