5. Penulisan jurnal mingguan yang bermakna

25/02/2013 20:52

 

Berdasarkan semakan terhadap dokumen portfolio pula, kajian ini mendapati bahawa penulisan jurnal mingguan oleh GPP kurang bermakna. Jurnal mingguan yang dizahirkan didapati tiada rumusan dan tindakan yang konkrit serta sistematik yang telah diambil atau dicadangkan. Berdasarkan temu bual dengan GPP, didapati bahawa mereka tidak dibekalkan dengan contoh jurnal yang konkrit.  Bimbingan yang disampaikan oleh PP pula berbeza-beza secara perbandingan dengan PP bagi rakan GPP.  GP pula enggan memberi sebarang komen kerana bagi mereka PP lebih sesuai untuk memberi ulasan kepada jurnal mingguan.  Sementara analisis keatas dokumen modul intersksi didapati aspek penulisan jurnal tidak diberi penekanan yang khusus.  GPP pula didapati menghasilkan jurnal mingguan sekadar untuk mewujudkannya bagi tujuan memenuhi keperluan praktikum tanpa mempunyai hasrat untuk memperoleh pengajaran daripadanya.