4. Penulisan refleksi yang bermakna

25/02/2013 20:51

 

Penelitian terhadap dokumen RPH juga telah mendapati bahawa penulisan refleksi oleh GPP  tidak berfokus dan telah menyebabkan kenyataan yang dizahirkan bersifat umum, ringkas dan tidak bermakna untuk penambahbaikan. Format penulisan refleksi juga didapati tidak selaras. Berdasarkan temu bual dengan guru pelatih didapati bahawa mereka masih kabur dengan cara menulis catatan refleksi memandangkan sesi perbincangan yang diadakan ketika cuti terlalu padat dengan jadual kuliah.  GPP juga memberikan pandangan bahawa aspek catatan refleksi tidak diberikan penekanan sama ada dalam sesi interaksi bersemuka atau taklimat praktikum oleh Unit Praktikum. GP pula banyak menyerahkannya kepada PP untuk menjelaskan format penulisan refleksi ini.  GPP pula didapati tidak berminat untuk menulis refleksi walaupun sudah diberi bimbingan kerana terlalu panjang dan menyusahkan.  Analisis terhadap dokumen modul interaksi pula mendapati tiada contoh khusus format penulisan refleksi.