3. Penerapan kemahiran berfikir (KB)

25/02/2013 20:50

 

Kajian ini mendapati bahawa berdasarkan analisis terhadap dokumen RPH semua responden kajian hanya mencatat tidak lebih daripada tiga unsur KB dalam RPH mereka. Nilai KB ini pula didapati terus menerus diulang hari demi hari. Berdasarkan temu bual dengan GPP didapati mereka tidak arif tentang kemahiran-kemahiran dalam KB.  Mereka juga berpandangan bahawa unsur KB tidak memberi apa-apa implikasi besar kepada proses P&P.  GPP juga tidak mampu untuk menzahirkan unsur KB dalam RPH kerana kelemahan aspek penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan mereka.  Masalah penerapan KB ini juga berpunca daripada interaksi bersemuka yang kurang berkesan.  GP bagi program LPBS juga kurang memberikan penekanan aspek ini sepanjang GPP berada di bawah bimbingannya sebelum fasa praktikum dijalankan.