PLPS

Program Latihan Perguruan Swasta (PLPS) merupakan program pendidikan guru yang dipertanggungjawab kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk membangunkan tenaga pengajar terlantik dalam kalangan guru-guru yang sedang berkhidmat dengan institusi pendidikan yang tidak bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru Pelatih program ini sedang berkhidmat di sekolah masing-masing di seluruh Malaysia. Perhubungan dengan kumpulan Guru Pelatih ini didapati sukar jika menggunakan wadah komunikasi konvensional. Justeru, sebagai Penyelaras program ini saya telah membangnkan sebuah laman web bagi tujuan meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan para Guru Pelatih iaitu laman web SABK4U.