LPBS

Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) merupakan program pengajian yang terdapat dalam sistem pendidikan guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi kumpulan lepas ijazah yang sedang berkhidmat sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Perhubungan dengan Guru Pelatih bagi kumpulan ini agak sukar jika menggunakan medium tradisional atau konvensional. Justeru, sebagai Penyelaras program ini saya telah membangunkan sebuah laman web bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan Guru Pelatih iaitu laman web myjQAF.