Coaching

Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu.
 
Ruangan ini merakamkan aktiviti latihan yang saya kongsikan bersama warga pendidik dan pihak-pihak yang berminat. Bagi yang berminat untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, boleh menghubungi saya melalui ketua jabatan saya di alamat:
 
Pengarah,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
 
Saya tidak menetapkan apa-apa bayaran untuk slot konsultasi, memadailah bayaran untuk minyak kenderaan saya pergi dan balik. Namun saya lazimnya membuat permintaan khas agar pihak penganjur dapat menyediakan Sijil Penghargaan untuk saya jadikan bahan bukti demi masa depan kerjaya saya.
 
Semoga bermanfaat untuk masyarakat.
 

Coaching

Kursus Asas Pengajaran & Pembelajaran Guru SMA Negeri Kedah

01/08/2016 00:37

Hadir menyempurnakan amanah berkongsi ilmu dan membimbing kemahiran asas pedagogi dengan 56 guru-guru sekolah menengah agama seluruh negeri Kedah. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah pada 13-14 Mei 2016 bertempat di Sungai Petani Inn. 

Fokus kursus ini ialah kefahaman yang kukuh tentang struktur pengajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelejaran koperatif dan kolaboratif serta keupayaan mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran secara mikro.

Jadual tentatif kursus ini adalah seperti berikut:

 

13 Mei 2016

0800-0900 Slot 1 (Transformasi Minda)

0900-1000 Slot 2 (Struktur Pengajaran)

1030-1230 Slot 3 (Simulasi Modul Tayang Dia)

1430-1530 Slot 4 (Simulasi Modul Activity-Based Learning)

1530-1630 Slot 5 (Simulasi Modul Kuiz Warna)

2000-2200 Slot 6 (Bengkel penyediaan bahan dan persediaan mengajar)

 

14 Mei 2016

0830-1030 Slot 7 (Pembentangan / simulasi pengajaran oleh peserta)

 

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>