Umar Al-Khattab

18/09/2012 15:33

Umar Al-Khattab terkenal sebagai khalifah ketiga dalam kelompok elit para sahabat yang digelar Khulafak Al-Rashidin. Umar sebenarnya membesar sebagai rmaja dan pemuda Arab yang mempunyai sifat bengis, tegas, agresif dan pemarah. Umar akan sentiasa menyelesaikan sesuatu masalah dengan pendekatan perang dengan pedang. Badan yang sasa lagi perkasa menjadikan dia sentiasa menang dalam setiap pertandingan dan pertarungan.

    Namun, Islam yang menerjah masuk ke dalam jiwanya melalui beberapa ayat surah Taha yang dibaca oleh adiknya telah menukarkan keperibadian Umar 360%. Dia menjadi seorang muslim yang sangat mengasihi sahabat seagamanya dan sangat tegas dengan seteru Islamnya.

    Apabila Umar dilantik menjadi khalifah, dia telahmeminta pandangan para sahabat dalam satu perjumpaan.  Ada seorang sahabat yang bangun dengan tegasnya menyatakan bahawa dia akan memperbetulkan kesilapan Umar dalam pentadbirannya dengan pedang. Sahabat lain terdiam menunggu respon Umar. Mereka bimbang Umar akan bertindak kasar dan keras terhadap sahabat tadi. Namun jangkaan mereka meleset apabila Umar mengucapkan kata-kata pujian kepada Allah kerana masih ada orang yang berani memperbetulkan kesilapannya dalam mentadbir negara.

     Pengajarannya:

  1. Orang beriman yang dekat dengan Allah akan sentiasa berlaku adil kepada rakyatnya.
  2. Muslim sejati akan mengasihi rakyatnya atas dasar seakidah dan seagama dengannya. Kasih sayang kerana Allah.
  3. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang sanggup menerima teguran terhadap kesilapannya dan sentiasa berlapang dada.

    Sama-samalah kita mendidik diri agarmenjadi pemimpin yang tegas menegakkan kebenaran, bersikap terbuka terhadap sesuatu teguran, mengutamakan agama dalam proses pembuatan keputusan dan tidak mementingkan diri.