Saya yang menurut perintah

29/09/2012 22:42

Saya yang menurut perintah atau saya yang memegang amanah?

Kakitangan kerajaan Malaysia sememangnya telah terlalu biasa dengan ungkapan Saya yang menurut perintah. Ungkapan yang mempunyai implikasi tersendiri. Ungkapan yang mempunyai maksud tersirat yang lebih jauh sehingga menjangkau ibadatul ibad. Menjajah pemikiran sesama manusia agar bertaqwa kepada sesama manusia. justeru suatu tindakan perubahan perlu dibuat demi mengembalikan perjuangan Rasulullah untuk membebaskan manusia daripada daripada situasi ibadatul ibad kepada ibadatullah. Pulihkan intipati ketaqawaan kembali kepada Allah secara total. Oleh sebab itu saya suka mencadangkan supaya ungkapan terjajah itu dimurnikan dengan nilai-nilai dan dasar Islam yang lebih jauh jangkauan ketaatannya kerana takut semat-mata kepada Allah. Sama-sama kita berusaha menukarkan ungkapan itu kepada Saya yang diamanahkan. Elemen amanah itu diharapkan dapat menyentuh hati nurani orang menandatangani sesuatu dokumen lebih bertanggungjawab dan memikirkan kebertanggungjawabannya di hadapan Allah pada Hari Pengadilan di Akhirat kelak. Kekadang Ketua Jabatan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memanjangkan sesuatu usul untuk menzalimi pekerja bawahannya dengan fitnah yang tidak disiasat dengan teliti sehingga pekerja bawahannya terpaksa menanggung bahananya seperti dinafikan peluang kenaikan pangkat, dinafikan peluang memperoleh Anugerah Kecemrlangàn dan sebagainya.

Semoga Allah memeberikan petunjuk kepada kita semua. Ittaqullah.