Intisari Khutbah Jumaat Masjid Qariah Taman Kelisa Ria Sungai Petani

07/06/2016 07:31

Tarikh: 3 Jun 2016
Tempat: Masjid Qariah Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, Kedah.
Isu: Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih

 

Imam Hasan Al-Banna menghadapi dua golongan yang bertelagah tentang bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih. Lalu berlakulah dialog ini:

Imam: Apakah hukum Solat Tarawih?

Responden: Hukumnya sunat.

Imam: Apakah hukum berbalah dan bertelagah?

Responden: Hukumnya haram.

Imam: Apakah hukum berbaik-baik?

Responden: Hukumnya wajib.

Imam: Jadi kenapa kamu melakukan perkara haram demi perkara sunat sedang kamu meninggalkan perkara wajib?

 

Semoga rakaman peristiwa yang seringkas ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. 

Selamat menjalani ibadat puasa Ramadhan 2016!