Contoh Rancangan Pengajaran Harian versi latihan perguruan

25/11/2012 19:57

Para Guru Pelatih kerap bertanya kepada saya tentang format Rancangan Pengajaran Harian yang perlu ditulis sama ada berdasarkan kehendak IPG atau KSSR. Jawapannya mudah sahaja iaitu bukan ikut kehendak IPG atau kehendak KSSR, tetapi mengikut keperluan latihan perguruan. Catatan RPH format KSSR sebenarnya dikhususkan kepada Guru Dalam Perkhidmatan yang sudah terlatih. Walaupun mereka mencatat RPH mengikut format KSSR, tetapi sebenarnya aliran perkembangan pengajaran dan pembelajaran dalam minda mereka adalah berdasarkan format latihan perguruan. Oleh sebab itu Guru Dalam Latihan (GDL) mesti mencatat RPH berdasarkan latihan perguruan sebelum menterjemahkannya dalam format KSSR.

Dalam usaha membantu Guru Pelatih menulis RPH yang sistematik, maka saya sertakan contoh RPH dalam ruangan ini sebagai panduan.

Rancangan Pengajaran & Pembelajaran Harian

Berasaskan Modul Tayang Dia

  1. Maklumat Am

 

Tarikh/Hari

06082012 / Isnin /

Masa

1200-1300 

Kelas & Bilangan Murid

3 Harmoni / 30 orang

Mata Pelajaran

Pendidikan Islam

Bidang

Aqidah

Tajuk

Pahala dan dosa

Penggabungjalinan

Ibadah (Ibadat umum dan khusus),

Akhlak (Berlumba melakukan kebaikan),

Tilawah (Dalil kewujudan pahala dan dosa)

Perentasan Kurikulum

Pendidikan Moral (Amalan baik sesama manusia)

Bahasa Melaysia (Maksud istilah dosa & pahala)

Matematik (Peranan angka)

Kemahiran Berfikir

Mengklasifikasi maklumat.

Menyusun maklumat.

Membandingbeza antara dosa dan pahala.

Menganalisi maklumat.

Mengaplikasi ilmu dengan situasi.

Penerapan nilai

Tekun menghayati bahan pengajaran

Bekerjasama dengan rakan sepasukan

Bertanggungjawab terhadap ilmu

Menghormati orang lain

Berani mengemukakan pandangan

Prihatin terhadap penginayaan

Bahan Bantu Mengajar

Projektor LCD

Laptop

Video Modul Tayang Dia:

  1. Video maksud pahala & dosa serta dalilnya.
  2. Video keratan akhbar perbuatan dosa dan pahala.
  3. Video senarai perbuatan dosa dan pahala.

Kertas pendua

Senarai semak

Pengetahuan Sedia Ada

Pelajar sedia maklum perbuatan baik  akan dipuji dan buruk akan dikeji melalui perbincangan pada minggu sebelumnya.

Hasil Pembelajaran

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar dapat:

  1. Menyatakan maksud dosa dan pahala.
  2. Menerangkan perbuatan pahala dan dosa.
  3. Menklasifikasikan perbuatan dosa dan pahala.
  1. Langkah Pengajaran

 

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran

Catatan

Pendahuluan

(2 minit)

Doa permulaan pengajian.

 

  1. Pelajar membaca doa permulaan pengajian.

 

 

Set Induksi

(5 minit)

Soalan kerangka kurikulum:

EQ: Apakah komponen kejadian manusia.

UQ: Apakah keperluan sosial manusia?

  1. Guru bersoaljawab dengan pelajar bagi menjawab soalan kerangka kurikulum.
  2. Pelajar menyatakan saranan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.
  3. Pelajar merumus hubungkait set induksi dengan topik yang akan dibincangkan hari ini melalui bimbingan guru.

 

 

1

(15 minit)

  1. Maksud pahala ialah ganjaran baik kerana melakukan perbuatan kebajikan.
  2. Maksud doa ialah balasan buruk kerana melakukan perbuatan jahat.
  1. Guru menayangkan video 1 dan mengarahkan pelajar supaya menghayatinya dalam suasana senyap.
  2. Setelah tayangan video tamat, guru mengarahkan pelajar supaya merekodkan maklumat yang terdapat dalam video berdasarkan ingatan mereka.
  3. Pelajar diminta berbincang dengan rakan bersebelahan untuk membanding jawapan masing-masing.
  4. Wakil pasangan masing-masing membentang hasil perbincangan.
  5. Pelajar-pelajar lain dikehendaki memberikan pandangan dan sumbangan idea untuk penambahbaikan hasil pembentangan.

 

Penilaian

Guru memilih pelajar secara rawak berdasarkan kumpulan kecerdasan supaya menyatakan maksud pahala dan dosa.

Pemulihan

Guru menayangkan semula video 1 dan memberikan penerangan berkaitan dosa dan pahala.

 

2

(15 minit)

  1. Contoh perbuatan pahala:
    1. Menafkah keluarga
    2. Mengasihi ibu bapa
    3. Menghafaz al-Quran
    4. Menderma organ
    5. Berniaga
    6. Berkahwin
    7. Menutup aurat
    8. Membina sekolah tahfiz
    9. Tidak membazir
    10. Membantu orang dalam kesempitan
    11. Memberi makan kepada golongan memerlukan

 

  1. Contoh perbuatan dosa:
    1. Melakukan muqaddimah zina
    2. Ponteng kerja
    3. Menyeludup
    4. Mengkhianati amanah
    5. Membuang bayi
    6. Bergaduh
    7. Membunuh
    8. Merompak hak cipta
    9. Tidak membayar zakat
    10. Merogol
    11. Mendera
    12. Menilik nasib
    13. Membuat fitnah

 

  1. Guru menerangkan tatacara permainan selanjutnya.
  2. Pelajar secara berpasangan diarahkan duduk berlainan arah iaitu seorang menghadap ke hadapan dan seorang menghadap ke belakang.  Guru menayangkan video 2.
  3. Pelajar yang menghadap ke hadapan memaklumkan kepada rakannya tentang maklumat yang diperolehi dari video dan rakannya mencatat pada kertas yang disediakan.
  4. Setelah tayangan video tamat, pelajar dikehendaki berbincang dengan pasangan masing-masing tentang maklumat yang diperolehi iaitu hikmah solat terhadap individu.
  5. Pelajar membandingkan maklumat yang dilihat dan yang dicatat serta membuat penambahbaikan.
  6. Pelajar membentang dapatan masing-masing.
  7. Pelajar bersoaljawab dengan pembentang.
  8. Rakan-rakan lain memberikan saranan jawapan yang lebih tepat.
  9. Guru memberikan penerangan untuk meningkatkan kefahaman

 

Penilaian

Guru memilih pelajar secara rawak berdasarkan kumpulan kecerdasan supaya menyatakan contoh amalan dosa dan pahala.

Pemulihan

Guru menayang semula video 2 dan memberikan penerangan tentang isi pelajaran dan meminta pelajar yang gagal untuk menerangkannya semula.

 

 

3

(20 minit)

Kategori perbuatan:

  1. S1 PAHALA (Solat)
  2. S2 DOSA (Buka aurat)
  3. S3 DOSA (Meniru ujian)
  4. S4 PAHALA (Memberi sedekah)
  5. S5 DOSA (Bergaduh)
  6. S6 DOSA (Ambil Rasuah)
  7. S7 PAHALA (menuntut ilmu)
  8. S8 DOSA (Minum arak)
  9. S9 PAHALA (Berzikir)
  10. S10 DOSA (Mengumpat)
  1. Pelajar berada dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang. Guru menerangkan tatacara permainan aktiviti ini.
  2. Guru menerangkan kata kunci aktiviti ini iaitu kategori perbuatan dosa dan pahala.
  3. Guru menayangkan video 3.
  4. Pelajar yang menghadap ke belakang akan menyatakan maklumat berdasarkan perlakuan rakannya yang melakonkan perlakuan yang terdapat dalam video dan rakannya yang lain merekodkan maklumat yang dinyatakan itu.
  5. Setelah tayangan video tamat, pelajar dikehendaki berbincang dalam kumpulan masing-masing tentang maklumat yang diperoleh.
  6. Pelajar membentang hasil dapatan kumpulan masing-masing.
  7. Pelajar bersoaljawab dengan pembentang.
  8. Pelajar membuat sumbang saran jawapan yang betul dan membuat penambahbaikan.

 

Penilaian

Guru memilih pelajar secara rawak berdasarkan kumpulan kecerdasan supaya menyatakan hukum perbuatan sama ada dosa atau pahala.

Pemulihan

Guru menayangkan semula video dan memberikan penerangan atau jawapan yang sebenar.

 

 

Penutup

(5 minit)

Rumusan P&P:

  1. Maksud pahala dan dosa.
  2. Contoh perbuatan dosa dan pahala.

Kognitif

Pelajar merumus isi pengajaran dan pembelajaran hari ini melalui sumbang saran maklumat dengan bimbingan guru.

Sosial

Guru menasihatkan pelajar supaya rajin melakukan perbuatan baik untuk menambah pahala dan meninggalkan perbuatan jahat supaya terhindar daripada dosa.

 

 

Catatan Refleksi:

  1. Refleksi RPH

 

 

 

 

  1. Refleksi Pelaksanaan

 

 

 

 

  1. Refleksi Hasil Pembelajaran

 

 

 

 

  1. Refleksi Persekitaran