iKULIAH

Page IKULIAH ini diwujudkan bagi menggarapkan isi-isi penting kuliah atau khutbah Jumaat yang dihadiri oleh admin sebagai perkongsian pintar ke arah memperkayakan diri dengan ilmu dan memperteguhkan iman dengannya. Semoga ia bermanfaat untuk diri admin sendiri dan juga para pelawat laman ini.
 
Penafian:
Intisari yang dipersembahkan dalam ruangan ini bukanlah pandangan, pemikiran dan pendapat admin. Ia merupakan rumusan yang dipetik daripada kuliah-kuliah atau khutbah yang dihadiri oleh admin. Admin sebagai sumber kedua (secondary). Justeru untuk tujuan ilmiah, maka para pembaca mesti mendapatkan sumber pertamanya (primary) terlebih dahulu sebelum dibahaskan atau dijadikan sandaran.

Intisari kuliah atau khutbah

Intisari Khutbah Jumaat Taman Kelisa Ria

27/01/2015 11:44

Tarikh: 23 Januari 2015 (Jumaat)

Tempat: Masjid Taman Kelisa Ria

Intisari Khutbah: Golongan yang diakui oleh Rasulullah SAW sebagai umatnya.

Rujukan: Ayat 29, Surah Al-Fathu

Nasnya: 

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya:

29. Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud[1406]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri golongan yang diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya ialah:

  1. Mereka yang bersikap tegas terhadap golongan kafir,
  2. Mereka berkasih sayang sesama mereka,
  3. Mereka patuh dengan sentiasa ruku' dan sujud demi mencari kelebihan di sisi Allah untuk memperoleh keredhaan-Nya,
  4. Di wajah mereka kelihatan tanda-tanda atau kesan melazimi sujud,

Maka, tiba masanya kita wajar bermuhasabah diri bahawa adakah kita memiliki ciri-ciri tersebut?

Dalam khutbah yang kedua, khatib memperingatkan dirinya dan ahli jamaah supaya jangan tertipu dengan dua perkara iaitu kesihatan yang dikurniakan oleh Allah dan umur yang masih muda. Peringatan ini diutarakan kerana kematian tidak menunggu seseorang itu sakit dan tidak pula mensyaratkan seseorang itu tua. Kematian boleh berlaku bila-bila masa walaupun dalam keadaan sihat dan dalam usia yang masih muda. Justeru, utamakanlah berbuat kebaikan sepanjang masa agar pengakhiran hidup kita sentiasa dalam keadaan husnul khatimah.

<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>