Blog

Memo Ringkas Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia

15/03/2015 08:40

SHAH ALAM: Tahap pencapaian pelajar Malaysia yang terbelakang berbanding negara asing lain sememangnya mengejutkan walaupun negara mempunyai salah satu peruntukan bajet terbesar untuk pendidikan di dunia, kata Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Apa yang menjadi isu kepada kita adalah mengapa prestasi pelajar kita masih tidak sebagus pelajar lain di negara-negara maju, walaupun peruntukan besar disalurkan dalam sektor pendidikan," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebanyak 21 peratus daripada Bajet 2015 disalurkan dalam sektor pendidikan, dari peringkat pra-sekolah sehingga universiti.

Beliau menambah, peruntukan itu adalah menyamai atau lebih dari sebahagian negara asing, termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

 

Menurutnya, pencapaian pelajar Malaysia dalam ujian yang turut diguna pakai di peringkat antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dan International Mathematics and Science Study (TIMMS) yang meletakkan negara pada kedudukan ketiga dari bawah.

Muhyiddin yang mengakui terkejut dengan pencapaian tersebut berkata, beliau bagaimanapun menerima hakikat itu.

"Marilah kita terima ini sebagai satu hakikat," katanya sambil menambah bahawa penyelesaian boleh dilakukan supaya pelajar tempatan dapat setanding dengan pelajar di negara-negara maju.

Diperoleh pada 16/3/2015 daripada https://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/13/pelajar-malaysia-di-bawah-par/

Assalamualaikum YAB Tan Sri,

Saya tertarik dan terpanggil untuk berkongsi masalah kita bersama iaitu isu prestasi pelajar kita yang masih tercorot. Izinkan saya mengungkapkan perkara-perkara tersirat di sebalik kejutan prestasi pelajar kita berbanding pelajar-pelajar di negara maju. Tulisan ini adalah dari sudut pandang seorang guru yang kerdil tanpa apa-apa kuasa untuk bersuara menongkah arus walaupun arus itu menyongsang arah.

Pertama

YAB Tan Sri membangkitkan isu peruntukan yang besar telah dianugerahkan kepada sektor pendidikan, tetapi prestasi pelajar masih tercorot. Fahaman saya (maaf jika tersilap) bahawa YAB Tan Sri bermaksud bukan mengungkit pemberian, tetapi mempertikai keberkesanan kos yang telah gagal mengoptima kadar pulangan daripada pelaburan (ROI) yang mungkin akibat daripada pengurusan sumber yang tidak cekap atau tidak berkesan.

 

Items: 3 - 3 of 28
<< 1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>