Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

PBL: Prijek Bidaan Penerbitan Buku Teks Pendidikan Islam

01/09/2016 11:57

Unit Plan Projek Bidaan Penerbitan Buku Teks

Unit Author

Name

MD ZUKI BIN HASHIM

School District

KUALA MUDA/ YAN

School Name

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

School City, State

SUNGAI PETANI, KEDAH, MALAYSIA

Unit Overview

Unit Title

Projek Bidaan Penerbitan Buku Teks

Unit Summary

Kurikulum mempunyai kitaran hayat yang sentiasa mengalami semakan sekurang-kurang lima tahun sekali. Semakan kurikulum mempunyai implikasi yang berbagai seperti kewangan, sumber manusia, penambahbaikan kurikulum dan penulisan semula buku teks. Justeru, bagi tujuan memperoleh buku teks yang terbaik, maka tender terbuku telah dibuka oleh pihak kerajaan kepada syarikat-syarikat penerbitan untuk membidanya. 

Dalam projek ini, pelajar akan memainkan peranan sebagai  wakil syarikat pembida   yang dipertanggungjawabkan untuk membida penerbitan buku teks bagi memenuhi keperluan perubahan dalam kurikulum yang baru disemak. Pembida dikehendaki mengemukakan kekuatan atau kelebihan buku terbitan mereka kepada  panel bidaan yang terdiri daripada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, wakil Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, pensyarah universiti dan Guru Cemerlang

Pelajar akan membentangkan hasil tugasan mereka dalam sesi khas kepada panel bidaan. Hasil tugasan akan meliputi Buku skrap dan slaid power point. Semua produk ini dihasilkan dalam tulisan jawi. Hasilan pelajar akan dinilai dengan rubrik khas bagi setiap produk iaitu rubrik buku skrap dan rubrik persembahan power point.  Manakala proses gerak kerja bagi menghasilkan produk-produk ini akan dinilai menggunakan senarai semak pengurusan aktiviti dan senarai semak sahsiah.

 

     Goal               Role                Audience            Set of tasks         Product           Evaluation

Subject Area

PIMK3013 Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Year/Form

Semester 1 Tahun 1 (Semester 2/2016)

 

Approximate Time Needed

6 minggu ( Mulai 7 Ogos hingga 22 September 2016 )

Unit Foundation

Targeted Curriculum Specifications and Benchmarks

Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah:

• Bidang Al-Quran

• Bidang Hadith

• Bidang Aqidah

• Bidang Ibadah

• Bidang Sirah

• Bidang Akhlak

• Bidang Jawi

Student Objectives/Learning Outcomes

Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:

1.    Menganalisis bidang-bidang kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

2.    Menghasilkan draf buku teks bagi setiap bidang kurikulum.

3.    Menghasilkan slaid persembahan Power Point kepada panel penilai buku teks.

Curriculum-Framing Questions

 

Essential Question

Kenapakah berlaku jenayah sesama manusia?

 

 

Unit Questions

Bagaimanakah cara mengatasi jenayah sesama manusia?

 

 

Content Questions

Apakah bidang-bidang dalam kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah?

Apakah isi kandungan setiap bidang dalam kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah?

Apakah kekuatan buku teks yang boleh menarik minat pelajar?

Apakah ciri-ciri buku teks yang sesuai dengan KSSR?

Bagaimanakah menghasilkan contoh draf buku teks yang sesuai untuk setiap bidang kurikulum Pendidikan Islam SR?

 

 

 

 

Assessment Plan

Assessment Timeline

 

 

 

Before project work begins

Students work on projects and complete tasks

After project work is completed

 

 

 

 

 

 

 

 

 

·    Senarai semak perkembangan projek.

·     

Senarai semak aspek sakhsiah.

·     

1.     Rubrik penulisan esei.

2.     Rubrik persembahan power point.

3.     Rubrik buku skrap.

 

 

 

 

Assessment Summary

Penilaian dijalankan secara berterusan bermula dengan penilaian persediaan dan kesediaan para pelajar untuk mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan projek (PBL). Senarai semak ini mengandungi carta Gantt pengurusan projek P&P ini agar perkembangannya sentiasa dalam kawalan dan sebarang perubahan dapat dilakukan pengubahsuaian dengan kadar segera. Senarai semak kedua disediakan untuk mengesan dan membangunkan pelajar dari segi penghayatan nilai dan ciri kemahiran abad ke 21.  Senarai semak ini disediakan untuk menilai penglibatan pelajar sepanjang menyiapkan produk masing-masing.  Rubrik juga disediakan untuk menilai produk yang dihasilkan iaitu esei, buku skrap dan power point.

Unit Details

Prerequisite Skills

1.    Kemahiran mengoperasi computer.

2.    Kemahiran beberapa perisian khusus iaitu MS Office Power Point.

3.    Kemahiran mengakses internet.

4.    Kemahiran mengklasifikasi maklumat.

5.    Kemahiran mengolah maklumat.

6.    Kemahiran membuat rumusan daripada maklumat.

7.    Kemahiran komunikasi.

8.    Kemahiran pengucapan awam.

 

 

 

Instructional Procedures

Langkah 1 ( Pengenalan projek )

1 jam pertama.

  1. Pensyarah berbincang dengan pelajar untuk menjawab soalan utama.
  2. Pelajar menyumbang dan menyarankan pandangan untuk menjawab soalan unit.
  3. Pensyarah menerangkan projek yang akan dijalankan.
  4. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.
  5. Pensyarah memberikan tugasan kepada setiap kumpulan menghasilkan penulisan esei draf kandungan buku teks mengikut bidang, buku skrap draf buku teks dan slaid persembahan power point.

 

Langkah 2

1 jam kedua.

1.    Pelajar mengakses maklumat dalam perpustakaan atau internet bagi menjawab soalan kandungan.

2.    Pelajar mencatat apa sahaja maklumat yang berkaitan.

3.    Pelajar mengklasifikasi maklumat berasaskan tugasan yang diberi.

 

Langkah 3

1 jam ketiga.

4.    Pelajar mengakses maklumat dari internet bagi menjawab soalan kandungan.

5.    Pelajar mencatat apa sahaja maklumat yang berkaitan.

6.    Pelajar mengklasifikasi maklumat berasaskan tugasan yang diberi.

 

Langkah 4

1 jam kekeempat.

1.    Pelajar menyusun maklumat.

2.    Pelajar memuatkan maklumat ke dalam produk projek.

3.    Pensyarah memantau aktiviti pelajar di samping memberikan bantuan teknikal berkaitan perisian yang digunakan.

 

Langkah 5

1 jam kelima.

1.    Pelajar memurnikan produk esei.

2.    Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

3.    Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

 

Langkah 6

1 jam keenam.

4.    Pelajar memurnikan produk esei.

5.    Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

6.    Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

 

 

Langkah 7

1 jam ketujuh.

7.    Pelajar memurnikan buku skrap.

8.    Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

9.    Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

 

Langkah 8

1 jam kelapan.

10. Pelajar memurnikan produk buku skrap.

11. Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

12. Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

 

Langkah 9

1 jam kesembilan.

13. Pelajar memurnikan produk buku skrap.

14. Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

15. Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

 

Langkah 10

1 jam kesepuluh.

16. Pelajar memurnikan produk persembahan power point.

17. Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

18. Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

Langkah 11

1 jam kesebelas.

19. Pelajar memurnikan produk persembahan power point.

20. Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

21. Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan.

 

Langkah 12

1 jam kedua belas.

22. Pelajar membuat simulasi prapembentangan.

23. Pensyarah memantau aktiviti pelajar.

24. Pensyarah memudahcara aspek-aspek teknikal projek terutama berkaitan perisian yang digunakan dan kemahiran pengucapan awam.

Langkah 13

1 jam ketiga belas.

1. Pelajar berbincang tentang pengurusan sesi pembentangan kepada panel penilai buku teks.

2. Pelajar mengurus sesi pembentangan.

3. Pensyarah memantau dan memudahcara pengurusan pembentangan.

 

Langkah 14

1 jam keempat belas

1.    Pelajar mempersembahkan hasil tugasan masing-masing.

2.    Pelajar menilai hasil tugasan rakan.

3.    Pelajar membuat refleksi kendiri terhadap pengalaman menghasilkan projek.

Langkah 15

1 jam kelima belas.

4.    Pelajar mempersembahkan hasil tugasan masing-masing.

5.    Pelajar menilai hasil tugasan rakan.

6.    Pelajar membuat refleksi kendiri terhadap pengalaman menghasilkan projek.

Langkah 16

1 jam keenam belas.

7.    Pelajar membuat refleksi kendiri terhadap pengalaman menghasilkan projek.

8.    Pelajar dan pensyarah merumuskan isi pengajaran.

 

Accommodations for Differentiated Instruction

 

Resource Student

Pelajar dibekalkan dengan perancangan P&P PBL ini yang dimuatkan dalam laman blog pensyarah di alamat: http://mdzuki.webnode.com untuk memudahkan mereka merujuk garis panduan menyempurnakan projek ini.  Pensyarah juga menyokong pelajar dengan khidmat rundingan dan bantuan teknikal penggunaan perisian yang berkaitan.

 

 

Gifted Student

 

Para pelajar diberi kebebasan untuk meneroka maklumat di mana sahaja sama ada di perpustakaan atau laman internet.  Pendekatan pembelajaran akses kendiri dimanfaatkan sepenuhnya.  Walaupun begitu, pensyarah telah menyediakan beberapa alamat laman web yang boleh dirujuk oleh pelajar dan boleh dipercayai keesahan maklumatnya.

 

Nonnative Speaker

Pelajar diagihkan tugas mengikut kecenderungan masing-masing. Sebahagian pelajar ditugaskan untuk menjadi perayau maklumat di perpustakaan dan di internet. Sebahagian lagi ditugaskan untuk menyemak dan mengesahkan maklumat yang berkaitan dengan bidang tugasan. Pelajar berbakat dilantik sebagai pemimpin pasukan. Pelajar digalakkan memilih sendiri pembentang untuk mewakili kumpulan masing-masing.

Materials and Resources Required For Unit

Technology – Hardware            

         
  1. Laptop
  2. Scanner
  3. Printer
  4. Internet connection
  5. Projection system

Technology – Software

  1. Microsoft Office Word (Word Processing)
  2. Photoshop (Image processing)
  3. Internet web browser
  4. Multimedia

 

Printed Materials

Tiada bahan bantu yang dicetak disediakan kerana mod komunikasi memanfaat sepenuhnya kaedah e-learning dan m-learning.

Supplies

Pelajar dikehendaki mendapatkan kios pencetak warna supaya persembahan mereka lebih menarik.

Internet Resources

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2016/articlefile_file_004523.pdf

http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=146&cat=30&keyword=&page=1&

http://bpk.moe.gov.my/

http://www.moe.gov.my/my/Berita-Makluman-BPI

http://jpnselangor.moe.gov.my/site1/index.php?option=com_content&view=article&id=473:rancangan-pengajaran-tahunan-rpt-pendidikan-islam-tahun-5-kurikulum-standard-sekolah-rendah-kssr-untuk-panduan-sekolah-rendah-negeri-selangor&catid=149&Itemid=101

 

Other Resources

Pelajar dibenarkan untuk mendapat khidmat bimbingan daripada pensyarah  lain yang difikirkan dapat membantu dalam pelbagai aspek seperti para pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Ilmu Pendidikan dan Jabatan Teknologi Maklumat.

 

Disediakan oleh;

cop mohor1.jpg

USTAZ MD ZUKI BIN HASHIM
Pensyarah Cemerlang
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Items: 1 - 1 of 5
1 | 2 | 3 | 4 | 5 >>